Tahu ke trading edge dalam saham ni apa maksudnya?
Dulu, bila saya dengar atau baca mana-mana trader sebut tentang edge , masa tu saya ingatkan cerita pasal newspaper the edge tu. Haha..betapa naif nya pemikiran dahulu kala. Selepas khatam 3-4 kali buku Mark Douglas Trading In The Zone, baru la saya faham ohhh..trading edge ni macam setup yang kita dah study, backtest, forward test, paper trade, real trade berkali-kali dan memberikan result yang cun kepada kita iaitu profit secara konsisten. Itulah definisi marhaen dari saya. So, pegang dan setialah pada setup yang satu ni sampai ke hari terakhir kita trade..ha gitu.
Kena terima flaw dalam sesebuah setup
Dalam apa jua setup, pasti ada flaw atau kelemahan. So, sebab tulah Mark Douglas cakap dalam market, anything can happen and you dont need to know what is going to happen next in order to make money. Walaupun entry dah cun, perfecto tip top sekali pun kalau market nak kasi loss, terima je. Kadang-kadang tersalah entry tapi market dengan senang hati pula bagi profit masyuk kat kita. Sebab semuanya depends on market. Jangan terjatuh cinta dengan mana-mana entry, bahaya nanti jiwa akan merana. Sebabnya ia melibatkan emosi harapan (hope) agar cinta kita terbalas..macam tu la lebih kurang analoginya. Dan ramaiiii trader cakap loss itu pasti..win itu rezeki. Tapi tak ramai sebenarnya yang boleh terima loss. Paling penting, tak ramai yang faham bagaimana nak uruskan loss dengan betul. Jadikan SOP, setiap kali entry tu dah siap-siap predefined nak letak kat mana stop loss nya. Jangan dah jatuh banyak makin topup (average down) sebab masih ada hope price naik balik. Walaupun lepas tu dia naik balik ke, thats all. Terima je result yang market bagi tu. Tak payah tanya kenapa, apa punca, speculative ke? Banyak sangat tanya nanti down pula sebab market tak bagi jawapan pun. Kita je yang pepandai buat andaian dapatkan jawapan untuk sedapkan hati sendiri. Jika loss sebab kita tak follow setup kita itu lain cerita. Kena rotan diri sendiri la jawabnya.
So kena trade dengan trading edge/setup kita ni paling minimum 20 kali trade. Then tengoklah, dapat banyak loss ke banyak profit. Itu cara saya tentukan trading edge tu boleh pakai ke tak. Jika trading edge kita bagus dan pengurusan risiko pun power, win 8 dari 20 trade je pun masih dapat profit. Haa..rendah je winning ratenya kan. Itulah magic dalam pengurusan risiko yang betul. Syaratnya, bila dah dapat trading edge, baru boleh praktiskan pengurusan risiko ni. Kalau terus nak terjun buat pengurusan risiko tapi tak ada trading edge, kelaut jugak. Kalau win pun, sebab luck je kita tak nak juga. Kita tak akan nampak hasilnya secara long term. Dah faham kan kenapa rugi itu pasti? Sebab memang kena terima flaw dalam sesebuah trading edge/setup.
Trading edge mestilah sehabis objektif yang boleh
Mana nak cari trading edge/setup ni? Dalam market terlalu banyak variables yang boleh jadi setup kita. Banyak sangat sampaikan boleh buat gila kalo nak kuasai semua. Setialah pada yang satu dahulu. Kuasai satu dan tengok prestasinya. Kalau saya, lebih suka guna apa yang market beri- iaitu candle. Saya trade tanpa indicator canggih-canggih sebab saya lebih trust pada candle. Sekarang ni macam-macam jenis setup yang ada. Ilmu dah boleh akses dari mana-mana saja. Cuma, apa yang saya nak tekankan saya mulai improve setup saya apabila saya terima pendapat Mark Douglas (thanks to him) yang kita akan dapat buat keputusan yang baik (untuk entry) jika kita dalam keadaan objektif. Gitulah lebih kurang maksudnya. So, jika sesuatu setup tu terlalu subjektif (banyak sangat andaian dalam fikiran berbanding fakta pada chart) kita akan rasa teragak-agak untuk entry. Tapi jika kita dah gabungkan beberapa variables dan membentuk trading edge yang objektif, semuanya akan jadi lebih mudah dan kita akan rasa berani untuk entry tanpa rasa ragu-ragu. Tak rasa ragu-ragu kat sini bukan bermaksud kita akan confirm win. Result masih lagi dipegang oleh market. Skop kerja market adalah memberi kita result win atau loss. Jangan sesekali melangkau skop kerja market ni.
News adalah salah satu variables yang digunakan untuk membantu mana-mana trader buat keputusan nak entry/exit atau tak. Tapi saya memang tak pernah guna langsung news dalam setup saya. Kat sini, saya cuma nak bagitau mana-mana variables tak ada salah atau betul. Sebab itu, gabungan beberapa variables kemudian membentuk trading edge/setup ini haruslah di uji. Silalah test banyak kali dan tengok prestasi, apa result yang diberi? Banyak win atau banyak loss.
Setiap trader mempunyai trading edge tersendiri, tempohnya berbeza bagi setiap individu
Begitulah cara saya mendapatkan trading edge. Bertahun-tahun jugalah baru jumpa. Mayb sebab saya slow learner than other trader kat luar sana. Tapi percayalah, ia bukan suatu proses yang boleh dihadam selama satu malam atau satu minggu sahaja..perlukan masa dan kesabaran yang tinggi.
Lagi satu nak pesan, trading edge mayb tak sama antara individu. Konsepnya mayb boleh jadi sama, tetapi nak cakap setiap variables dalam setup tu sama sebijik bagi setiap individu, rasanya tak boleh dan tak akan. Oleh sebab tulah market jadi sangat unik dan tiada siapa boleh tahu dengan confirm apa yang akan berlaku seterusnya. Untuk belajar konsep dari mana-mana cikgu saham, tak ada masalah, tetapi untuk follow sebijik satu-satu setup cikgu tu takkan kena gaya. Faktor emosi akan turut buat kita kurang yakin. Sebab tu kita digalakkan cari sendiri dan kalau usaha pasti akan jumpa. Seorang trader yang bagus akan pegang trading edge dia kuat-kuat, takkan goyah dengan idea dan pandangan orang lain (walaupun cikgu sendiri), dan apa jua keputusan, dia bersedia bertanggungjawab ke atasnya.
Jadinya, selamat mencari trading edge. Bila dah dapat, boleh wariskan pada anak cucu sebagai unfair advantage yang sangat bernilai. Walaupun nanti takkan sama sebijik, tapi asas/konsep sesebuah setup tulah yang menjadi kunci kepada skil pelaburan yang bagus.
Good sharing .. Keep it up
Terima kasih berkongsi
Watch movies from the guy’s viewpoint to feel like you’re right in the center of the action and obtain a…