Betapa Seksanya Rasa Boring Dalam Saham

oleh Fida Jaafar

Perkara yang benar dan sukar di atasi dalam pelaburan saham (swing trader) adalah menguruskan rasa boring.

Nota: Fasa ini hanya untuk pelabur yang sudah ada the edge dalam saham dan telah menjana keuntungan secara konsisten.

Pelabur saham yang on track atau consistently profit biasanya akan mengalami ‘waktu sukar’ ini iaitu terasa sangat boring dan wajib menjauhkan diri dari pelaburan supaya ianya tidak menggangu kelancaran pelaburan tersebut. Pelik bunyi nya? The ugly truth adalah, kita kena alihkan perhatian dari perkara yang kita suka buat, demi kebaikan. Jika tak, emosi akan menjerat kita dan seterusnya rosak segala disiplin yang telah kita setkan dari awal.

Waktu awal menceburi bidang pelaburan saham, saya masih melakukan perkara biasa yang dilakukan oleh pelabur lain- iaitu duduk depan skrin dan tengok chart sepanjang hari atau sepanjang malam (US stock). Inilah mindset saya ketika itu. Kononnya, saya sedang bekerja keras nak cash out duit dari pasaran saham. Salah sama sekali mindset tu (kemudian baru saya berjaya hadam). Jika saya mahu pelaburan memberikan lebih masa lapang kepada saya untuk bersama keluarga, kenapa saya masih terikut dengan terma kerja dari 9 pagi sampai 5 petang? Sama je dengan kerjaya saya sebelum ni, bezanya cuma tak perlu travel keluar dari rumah. Ambil masa yang lama untuk saya faham dan hadam benda ni.

Ada cara untuk trade saham dengan lebih berkesan dan sesuai dengan tugas saya yang multitasking di rumah. Cara tersebut adalah dengan menjadi swing trader. Swing trading ni mengambil masa 1 ke 4 minggu hold saham (kadang-kadang ada yang lebih) sementara menunggu apa result yang akan keluar- profit atau loss. Jadi, dengan menggunakan time frame lebih besar terutamanya candle daily, kita akan rasa lebih tenang dan biarkan sahaja market memberikan keputusan (selepas kita entry).

Maka, ada 2 fasa boring yang saya terpaksa harungi sebagai swing trader:

1. Fasa nak tunggu signal entry

Saya punya cara, bila ada nampak bayang-bayang trading edge saya nak muncul, saya akan aim siap-siap sesuatu stock tu (biasanya masukkan dalam favourite list atau dengan kata lainnya, monitor closely). Jadi saya akan tunggu sehingga signal tu breakout untuk entry. Kadang-kadang dia cantik elok berjaya entry, kadang-kadang pula dia buat hal tak breakout atau terus tembus ke bawah menyebabkan entry dah tak valid. Jika berlaku macam ni kena carila entry lain pula..menunggu lagi. Bosan juga la tapi sebab suka tak adalah terkesan sangat. Part entry ni boringnya masih boleh di atasi. Boring yang masih saya bergelut untuk atasi adalah boring no. 2 kat bawah ni.

2. Fasa nak tunggu hasil keputusan dari market

Part menunggu market memberi keputusan inilah yang saya maksudkan fasa boring yang perlu diuruskan dengan sabar. Boring pun kena uruskan dengan bijak, hahaha. Sebab, jika kita masih gatal menggangu trade yang kita buat tu, nescaya kita mula overules tugas market. Kita mula nak menjadi ‘bos’ kepada market dan kita mula nak market ikut cakap kita. Boleh ke market ikut cakap kita? Jangan mimpi! Kita pun market tak kenal siapa. Maksudnya, jika kita fikir dengan duduk merenung chart dan berkhayal yang market akan naik mencanak-canak dan kita pulak dapat profit banyak, cepat lah kita kaya! – kita sedang bina mindset yang salah dan makin cepatlah kita menyerah kalah (give up) dalam dunia trading saham ni. Kita akan rasa kecewa sebab kita rasa market selalu tak ikut yang kita nak.

Apabila kita sedang in position sesuatu kaunter, jauhkan diri dari skrin dan melihat chart tapi jangan pula sampai tak lihat langsung. Tetapkan peraturan seperti melihat chart selepas waktu market rehat atau tutup, iaitu pukul 1 tengahari dan 5 petang. Cukuplah monitor 2 kali sahaja setiap hari. Kalau nak tengok lebih, boleh tambah 1 sesi lagi iaitu waktu market buka pukul 9 pagi. Amalkan disiplin ni dan cuba buat keputusan selepas candle ini siap terbentuk dan di luar waktu market. Keputusan kita akan jadi lebih jitu sebab fikiran dalam keadaan tenang. Masa itu tiada pergerakan turun naik harga saham.

Jadi apa nak buat jika anda memang suri rumah atau bekerja freelance? Mata masih gatal nak lihat chart setiap masa? Inilah realiti sebenar pelaburan saham. Masa yang banyak pulak menjadi satu masalah besar. Sebab tu, untuk menjadi pelabur yang baik dan consistently profit, tak perlu pun berhenti kerja yang kita ada sekarang. Teruskan bekerja, malah ia sangat bagus untuk mengalihkan perhatian kita dari melihat chart setiap masa.

Sampai ke peringkat ini dan setelah mengalaminya sendiri, barulah saya faham bahawa ada 3 stages untuk dikuasai jika mahu jadi pelabur saham yang berjaya. Peringkat awal yang kita perlu bagi lebih 100% perhatian, peringkat pertengahan di mana kita perlu mempraktiskan saham secara persistent dan peringkat akhir kita dapat menjana pendapatan dari saham secara konsisten dan boleh menampung kos kehidupan melaluinya. Waktu boring akan terasa dengan ketara pada stage 2 dan stage 3. Stage 1 kita takkan sempat nak rasa boring sebab tempoh ini banyak masa dan tenaga diperuntukkan untuk memahami saham sebaik mungkin, termasuklah mencari trading edge yang sesuai dengan diri kita.

Selain fasa boring yang kita sembang kat atas, pendapatan saham pada saya juga adalah dikira sebagai yearly income. Sebab itu, jika sebulan trade dan mendapat profit lumayan, ianya tidak memberi apa-apa makna untuk saya. Sebabnya, kalau bulan ni profit besar, kemudian bulan depan dapat pula loss yang lebih banyak (melebihi profit yang dapat sebelum ni), apa pun tarak. Berlakulah pemejalwapan terhadap profit tersebut. So, kena tengok result untuk setahun baru boleh kira berapa profit yang dapat. Adakah profit mengatasi loss atau sebaliknya? Keputusannya akan menggambarkan skil yang kita ada. Kat sini dah terang-terang untuk berjaya dalam pelaburan saham, sabar menunggu saham bergerak, sabar menunggu apa keputusan yang market berikan, sabar mengisi waktu boring dengan aktiviti lain selain tengok chart, sabar menunggu apa keputusan keseluruhan selama setahun. Sanggup ke jadi banyak sabar? Jika ya, bolehlah jadi next calon untuk trader yang berjaya. So, yakinlah tiada shortcut untuk jadi kaya cepat jika buat saham pada stage beginner. Kalau dah capai level trading for a living tu kira dah stage 3 dah. Fokus pada bina skil yang betul dalam trade saham. Kaya menyusul kemudian. Kayakan mindset dulu, kaya duit menyusul selepas itu.

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.