Apa Nak Buat Kalau Asyik Kena Sidai? Tips Buat Tuan Rumah 

oleh Fida Jaafar

Ingatkan kain je kena sidai sampai kering, rupanya tuan rumah pun boleh dik. Jadi apa kita patut buat kalau asyik kena sidai? Tuan rumah juga berhak untuk menimba ilmu bagi mengelakkan risiko tersidai dek prospek yang nak view rumah.

1. Tetapkan masa yang ‘clear’.

Dalam buat deal dengan prospek untuk datang view rumah sewa, kita kena firm lah tetapkan pukul berapa, berapa haribulan. Jangan biar tergantung sepi, nanti dua-dua pihak tak clear. Kesudahannya kita tersidai tanpa khabar berita.

Nak lagi baik, kita tetapkan masa dan tarikh bukan prospek yang tetapkan. Tapi, kalau prospek request kita masih boleh bawa bincang. Ada budi bicara dan boleh adjust apa yang patut, so prospek akan lebih trust kerana memudahkan urusan dia. Cuma poin di sini, kita yang kena offer date dan masa dulu sebelum prospek.

Nampak simple, tapi kerana mengabaikan benda simple ni banyak salah faham boleh berlaku dan merugikan kedua pihak. Kadang-kadang, am dan pm pun boleh jadi salah faham dek kerana kita ni manusia. Pernah jadi kat kami juga, yang ditulis 9am, tapi yang dibaca prospek 9pm.  Maka, lebih baiklah ditulis dengan clear: pukul 9 pagi.

 2.Buat reminder at least sehari sebelum view.

Sehari sebelum view pun kita sepatutnya bagi reminder kepada prospek untuk datang dan jika tak jadi, kena bagitau awal supaya memudahkan urusan semua pihak. Jangan anggap dia akan faham-faham sendiri. Awal- awal lagi kita dah kena buat rules yang simple untuk prospek follow.

Dengan mengamalkan buat reminder ni, kita boleh la tapis mana-mana prospek yang tak jadi dan boleh plan perjalanan ke rumah sewa dengan lebih baik. Bayangkan tengah on the way ke rumah sewa, tiba-tiba baru teringat nak tanya jadi ke tak datang, call tak jawab, whatsapp pun blue tick je, apa kita nak buat, nak teruskan perjalanan atau tak? Kalau rumah sewa pun agak jauh, kos perjalanan dan tol jugak boleh menambahkan beban selain energy dan masa yang terbuang begitu sahaja.

3.Berikan maklumat lokasi & alamat rumah.

Rutin kami, maklumat lokasi & alamat ni hanya berikan pada hari nak view juga sebagai double confirm prospek jadi nak datang view. Kami tidak sewenangnya berikan details kepada prospek, hanya yang serious nak view sahaja akan dapat info.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, lebih senang prospek nak cari lokasi dengan tepat, so tak adalah kita tersidai menunggu jika ada yang tersesat. Kalau tersidai sebab sesat itu boleh terima lagi, kalau buatnya tak muncul sampai ke sudah tu yang boleh naik hantu.

Pernah ada seorang prospek ni sangat beria nak datang view, reminder dah beri dan katanya jadi datang. Bila tiba masanya, tak muncul-muncul. Nasib baik ada prospek lain juga bukan dia sorang sahaja. Bila whatsapp, tak balas sampai lah kami dah balik rumah. Barulah balas whatsapp nak datang view esok pulak..eh dia ingat kita buka kaunter kat rumah sewa tu, hari-hari tunggu dia. So, jika berlalu begini janganlah dilayan, anggap saja ada prospek lain yang lebih baik akan jadi penyewa kita.

Apa nak buat kalau asyik kena sidai? Cubalah praktis tips yang dikongsikan di atas. Sekurang-kurangnya kalau masih berlaku, kita boleh berdamai dengan takdir. Janji, langkah-langkah  pencegahan sudah dibuat.

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.