Jom Move On ke Tahun Baharu 2024

oleh Fida Jaafar

Terima kasih kepada Tahun 2023 yang telah berakhir, suka duka yang kita lalui adalah perjalanan hidup yang sangat bermakna. Ambil pengajaran untuk apa yang telah dicapai atau tidak, jom kita move on pula ke tahun 2024.

1. Menulis matlamat pada tempat yang senang kita akses.

Seperti rutin tahunan bagi tahun-tahun yang telah berlalu, sis selalu mengingatkan diri untuk menulis matlamat apabila menjelang tahun baharu. Semak dulu matlamat tahun lepas, apa yang capai dan apa yang tidak. Tak perlu terlebih emosi jika ada yang belum capai (setelah kita berusaha), teruskan sahaja untuk next chapter di tahun baharu. Namun, jika sudah rasa tidak relevan, move on sahaja ke matlamat baharu yang lebih jelas.

Sebaiknya (bagi sis la), matlamat ini disemak setiap 6 bulan. Jadi, kita boleh tengok kat mana kedudukan tindakan kita untuk capai matlamat yang telah ditulis. Kita akan lebih cepat aware tentang produktiviti diri dalam merealisasikan apa yang kita nak capai. Jangan sesekali pandang remeh pada kuasa menulis matlamat. Apabila kita tulis, di situ sudah ada kuasa tindakan yang berlaku iaitu komitmen kita menulis dan komitmen kita merancang apa yang perlu dibuat. Sebaiknya matlamat ditulis pada tempat yang senang kita akses seperti buku diari, notepad pada handphone atau kalau nak lukis pun boleh, janji senang nak faham.

2. Meraikan kejayaan mencapai matlamat tahun lalu.

Raikan walaupun kejayaan kecil. Ini cara kita menghargai usaha diri sendiri. Bagaimana nak rai tu terpulanglah pada keadaan diri kita. Tak perlu nampak hype pada orang lain, janji memberi kepuasan dan makna tersendiri buat kita.

Reward diri sendiri beri impak besar pada emosi dan memberi dorongan untuk berusaha lagi mencapai next target. Kat sini kena ada balance antara fokus pada pencapaian dan berdamai dengan segala kemungkinan. Maksudnya kita tidak terlalu keras untuk push diri, lebih baik kita enjoy dalam journey mencapai matlamat.

3. Menilai semula matlamat yang masih belum dicapai.

Lumrah hidup, tak semua yang kita mahu akan berjalan sebagaimana kita plan kan. Pasti ada flaw di mana-mana. Mindset yang baik adalah menerima segala kemungkinan dengan hati yang tenang. Percayalah, dalam proses kita mencapai matlamat pasti banyak pelajaran yang mematangkan diri kita waima matlamat itu masih tergantung sepi. Eh..macam lagu pulak ya. Jika yang berjaya kita raikan, yang tergantung sepi ini kita semak balik apa punca tak capai, perlukah ditambahbaik atau kita move on sahaja ke matlamat lain kerana sudah tak relevan.

Sis juga pernah ada matlamat yang tergantung sepi (buat masa ni) sebab keadaan sekarang tak mengizinkan untuk diteruskan. Namun matlamat ini masih utuh tertanam dalam minda kerana sis percaya pada suatu masa yang tepat, kita akan dapat mencapainya. Hidup memang begitu, kita akan faham hikmah sesuatu perkara setelah masa berlalu. Pernah tak bila merenung ke masa lalu, baru kita tersedar dan faham kenapa Tuhan aturkan hidup kita begini, bagaimana pula kita boleh berada di sini? Semuanya berkait dengan susunan oleh Nya, yang lebih mengetahui apa yang kita perlu bukan sekadar apa yang kita mahu.

Jadi bagi perkara yang masih belum dicapai, move on sahaja. Jangan letakkan sesuatu terlalu personal. Banyak sangat cabang kehidupan yang boleh kita terokai. Perkara manis adalah kita menikmati setiap perjalanannya, menghargai masa sekarang dan bukan memikirkan masa lalu (depress) atau terlebih memikirkan masa depan (overthinking yang menyebabkan anxiety). Tunggu apa lagi, jom move on ke tahun baharu 2024!

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.