Pernah tak terciduk dengan ragam penyewa yang entah apa-apa? Jadi kami nak kongsikan 4 best tips menapis dan menepis penyewa asal boleh.
Menguruskan rumah sewa sebenarnya menguruskan banyak ragam dan drama manusia yang bakal menjadi penyewa kita. Untuk mengekalkan energy dan emosi yang stabil, maka sangat wajar untuk kita betul-betul praktis 4 best tips menapis dan menepis penyewa dalam kategori ‘asal boleh’.
Kami sudah lebih 10 tahun menguruskan ragam penyewa, jadi kami rasa terpanggil untuk kongsikan 4 best tips untuk menapis dan menepis penyewa asal boleh yang tidak mahu mengikut rules yang kami tetapkan.
1. Bertanyakan soalan yang sama dengan konten yang telah ada dalam iklan.
Ini adalah level pertama penapisan kami. Perkara ini paling penting dalam 4 best tips menapis dan menepis penyewa asal boleh. Seperti tuan rumah lain, kami akan iklankan bilik/rumah sewa yang available untuk dapatkan penyewa. Jika ada yang bertanya melalui whatsapp, cara kami menilai sikap penyewa adalah dari soalan yang ditanya. Ada segelintir prospek ini yang bertanyakan soalan yang sudah ada dalam konten iklan seperti berapa sebulan sewa? Bilik ini single ke sharing? Berapa deposit?
Kami berpendirian bahawa prospek ini tidak teliti membaca konten iklan dan mengharapkan segala info disediakan depan mata berulang kali. Walaupun kami tetap menjawab soalan yang dikemukakan, tapi prospek ini bukanlah dalam kategori top list yang kami mahu.
Kenapa? Sebab banyak pembaziran masa, tenaga dan emosi akan berlaku. Kami pernah membawa prospek yang begini untuk view sebuah rumah kami. Untuk ke sana, ambil masa dalam 50minit ke 1 jam sehala. Jadi, bila prospek ini datang, dengan sesuka hati dia mahukan bilik untuk sharing bersama kawannya, sedangkan kami sudah tulis dalam iklan ‘bilik single-non sharing’.
Sudah tentu hasilnya hanya memenatkan minda dan emosi seperti kes tiada persefahaman dalam sesebuah perhubungan, gituu. Oleh kerana rasa tidak serasi maka tidak berlakulah urusan sewaan ini.
2. Cari bilik/rumah sewa untuk boyfriend, tunang atau anak bujang.
Tips menapis dan menepis penyewa asal boleh seterusnya adalah kami lebih selesa deal terus dengan bakal penyewa, bukan perantaraannya. Tak kira lah sesibuk mana beliau kalahkan PM Malaysia, sepatutnya dia lah yang deal sendiri bukan serahkan tugas pada orang lain. Walaupun ada sesetengah kes, deal begini berjaya, namun kami lebih suka penyewa yang berdikari dan tegas membuat keputusan. Ini bukan zaman masuk asrama, tapi tentang kehidupan yang keras di alam realiti. Takkan tempat tinggal sendiri orang lain yang kena aturkan?
Pernah kami bawa view bilik untuk anak tapi satu family datang jenguk. Bila nak bercakap dengan tuan empunya badan, dia minta kita explain pada maknya..eh, rasa menyinga jugalah kita ni. Siapa yang nak menyewa ni, dia atau maknya? Jadi kami juga buat keputusan untuk tidak berurusan dengan orang yang tiada pendirian.
3. Prospek call dan bagitau nak sewa urgent.
Poin ini juga penting di antara 4 best tips menapis dan menepis penyewa asal boleh ni. Kami jarang terima kalau kes yang urgent dan mendesak nak masuk cepat. Ini melambangkan prospek tiada plan awal atau paling parah kena halau dari rumah sewa sebelum ni. Jadi, apabila dia sudah terdesak, dia mula lah memujuk kita untuk terima dan mengikut term-term sendiri.
Kita sebagai tuan rumah perlu alert dengan sikap penyewa begini supaya masalah lama dari rumah terdahulu tidak menjerat kita pula.
Ada juga prospek begini yang mahu datang view rumah serta merta dan mendesak untuk terima dia menyewa. Bila kita tetapkan masa untuk view, tidak pula datang. Alih-alih dia nak kita ikut masa dia. Eh penatlah kita nak melayan.
4. Prospek penyewa tidak bersedia membayar deposit.
Tidak dinafikan ramai juga tuan rumah sekarang mahu memenuhi rumah sewa dengan cepat, jadi mereka offer sewa tanpa deposit. Bagi kami, ini antara cara berisiko mendapat penyewa yang kurang mampu membayar nilai sewaan yang ditawarkan. Masalah lain akan datang berlarutan kemudian.
Attitude penyewa yang boleh terima rumah yang ada deposit ini berbeza dengan prospek yang tidak mahu bayar deposit. Mereka faham kenapa term desposit diwujudkan dan sedia memberikan kerjasama. Tuan rumah juga wajar faham risiko menyewakan rumah tanpa deposit.
Baca juga: Risiko Sewakan Rumah Tanpa Deposit. 3 Fungsi Deposit Yang Superb
Jadi, jika prospek penyewa menunjukkan ciri-ciri di atas, kita sebagai owner perlu mempertimbangkan sama ada nak teruskan atau santai-santai sahaja.
Tak perlu rasa terburu-buru atau terdesak mendapatkan penyewa. Lebih baik gunakan 4 best tips menapis dan menepis penyewa asal boleh dari menanggung masalah di kemudian hari. Dari nak dapat keuntungan sewa, terus merana dengan ragam penyewa.
Boleh juga ikuti perkembangan terkini kami dalam menguruskan rumah sewa di FB : Bijak Urus Rumah Sewa