Cara kira gaji hasil dari pelaburan saham

oleh Fida Jaafar

Konsep penentuan keuntungan dari pelaburan saham mungkin berbeza di kalangan trader. Ada yang suka apabila menambahkan semula profit yang kita dapat tu ke dalam modal. Kemudian trade lagi dengan modal yang lebih besar. Ada pula yang suka cash out kan profit yang diperolehi dan belanjakan ikut keperluan diri. Mana-mana cara pun tiada yang betul atau salah. Boleh buat ikut kesesuaian masing-masing. Namun kita tetap kena kira gaji hasil dari pelaburan saham ni, risau juga asyik cash out tanpa sedar rupanya termakan modal asal.

Apa yang saya nak tekankan kali ni adalah profit yang diperolehi perlu dikira untuk tempoh setahun, bukan hanya sebulan dua sahaja. Maksudnya, apa hasil yang kita dapat selepas setahun (20-40 sesi trade)? Profit tolak loss, berapa yang tinggal? Keputusannya penambahan atau pengurangan? Jika ada penambahan, jumlah profit tadi di bahagikan kepada 12 bulan. Nilai yang diperolehi itulah gaji kita yang confirm untuk 12 bulan akan datang. Jika berlaku pengurangan pula (loss lebih banyak dari profit), kembali kepada trading journal dan telitikan apa asbab nya..kaji balik dan belajar semula dari kesilapan yang kita buat. Tak perlu rasa down, kerana inilah real journey seorang trader. Kita harus melalui 3 stages untuk bergelar pelabur berjaya walau terpaksa ulang-ulang fasa sama banyak kali.

Jadi, contoh mudah adalah:

Modal semasa – modal asal = RM 68,000 (profit terkumpul untuk setahun trade)

Confirm gaji sebulan (tahun ke depan) = 68,000/12 bulan ~ RM5600 sebulan

Jadi, kita sentiasa ada gaji advance setahun ke depan yang kita boleh confirmkan. Ia berbeza jika kita claim sebulan trade, dah dapat RM10,000. Semua akan rasa terpegun, wow boleh jana income RM10,000 sebulan. Tanpa sedar, sebulan tu je kita berkemungkinan dapat banyak kemudian bulan berikutnya kita loss lebih banyak dari yang kita dapat sebelum ni. Jadi, sebulan adalah tempoh masa yang tidak wajar untuk kita nilai performance kita dalam trading. Kumpulkan kesemuanya menjadi satu tahun dan tengok adakah profit, loss atau breakeven. Tempoh sebulan dua tidak relevan malah boleh beri harapan palsu atau menjadikan kita over confident. Kita kena ingat, jika kita profit kali ini tak semestinya next trade kita akan profit lagi. Selepas entry, akan tetap ada 2 kemungkinan yang akan berlaku, sama ada profit ataupun loss. Kita tak boleh berat sebelah, nanti kita akan over confident atau terlalu takut. Uruskan emosi dengan fikirkan kedua-dua kemungkinan tadi akan berlaku.

Oleh itu, sebagai trader jangan sesekali tertipu dengan result best sekali trade dah buat duit. Sebabnya, ada sahaja di kalangan newbies yang dapat beginner’s luck. Baru je trade sekali dua, profit memanjang. Apa lagi, senyum sampai telinga dan mula over confident. Sekali tu, trade seterusnya kena libas dek market sampai jiwa kacau. Terus murung atau give up terus dari dunia trading. Ini yang kita tak nak. Sebelum masuk ke arena real money ni, sediakan mindset yang betul sebagai trader dulu dan yang paling asas adalah walau secantik mana setup atau sistem yang kita guna, tetap ada dua kemungkinan yang kita kena hadap, sama ada profit atau loss. Kena terima ni dengan lapang dada.

Senang cerita, kehandalan trader tidak boleh diukur dengan hanya sebulan dua trade, tetapi ambil kira performance setahun. Seterusnya, hasil trade bulanan hanya confirm selepas profit setahun tadi dibahagikan kepada 12 bulan. Bila dah confirm, barulah boleh sembang.

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.