3 Kunci Sukses Kena Jadi Pengurus Yang Powerful

oleh Fida Jaafar
3 Kunci Sukses Kena Jadi Pengurus Yang Powerful. A woman wearing purple t shirt with red glasses

Perasan tak yang setiap hari kita memakai topi seorang pengurus? Alang-alang jadi pengurus, biarlah jadi pengurus yang powerful. Jom baca tips 3 kunci sukses kena jadi pengurus yang powerful.

Ini bukan artikel jawatan kosong nak jadi pengurus syarikat ya. Kita nak sembang tentang hidup kita ni. Setiap hari apa rutin yang kita buat? Adakah kita serabut dan stress memanjang? Atau kita rasa tenang dan lapang? Sebenarnya satu rahsia nak berjaya dalam hidup, adalah jadi pengurus yang powerful. Ada 3 kunci sukses yang boleh kita explore.

Semuanya berkait dengan skil yang satu ni, iaitu bagaimana kita menguruskan rutin harian kita. Bermula dari bangun tidur, kemudian uruskan katil, uruskan anak-anak atau family, uruskan masa sendiri, uruskan pakaian dan makanan sehari-harian. Semuanya tentang mengurus! Oleh sebab itu, untuk berjaya dalam hidup kita kena jadi pengurus yang powerful.

Pada kali ini sis cuma mahu sembang tentang tiga pengurusan yang bawa impak besar dalam hidup kita iaitu bagaimana nak uruskan rumah, bagaimana nak uruskan kewangan dan bagaimana nak uruskan emosi. Ini adalah 3 kunci sukses yang perlu diambil perhatian. Pendapat ni boleh berbeza antara kita, jadi perkongsian ni hanyalah dari pengalaman hidup sendiri. 

Setakat ini ia menyenangkan lah..dah tak kusut macam dulu. Dalam masa yang sama sis tetap meraikan perbezaan pendapat. Iyalah dalam hidup ni banyak tools yang boleh kita cuba. Jadi macam mana nak:

1. Uruskan Rumah Sendiri.

Rumah bagi sis adalah satu tempat yang sangat berikan ketenangan, rasa lapang dan happy je nak recharge semangat kita. Dengan rumah yang tersusun kita boleh buat kerja-kerja rumahtangga dengan cepat. Banyak jimat masa dan tenaga.

Maka, sis suka jika setiap ruang dalam rumah itu diberi ‘tugas’ masing-masing. Haa..ruang pun kena ada tugas, ada peranan dia. Jangan kita biarkan ruang kosong tanpa sebab yang jelas kenapa dia kosong. Kalau nak ruang tu kosong, kena bagitau semua ahli keluarga kenapa ruang ni kosong supaya tidak beranak pinak barang-barang yang dilambakkan ke ruangan tersebut.

Setiap ahli keluarga kena tahu dan faham apa fungsi setiap ruang. Dari kecil kena ajar anak-anak mematuhi ruang yang ditetapkan, jadi jika mereka sepahkan mainan selepas habis main mereka mesti susun balik dalam ruangan yang disediakan. 

Baju mesti tersusun rapi dalam almari atau iron room yang disediakan. Baju yang diangkat dari jemuran mesti letak dalam satu area dulu sebagai transit sebelum dilipat. Begitulah serba sedikit contoh untuk mencipta fungsi setiap ruang. Jika rasa sesetengah ruang tidak praktikal lagi mengikut keadaan semasa, ubah semula sehingga kita rasa ianya sesuai dan memudahkan kita.

Konsep menyusun dan memberi peranan pada setiap ruang ini ada sis praktikkan dalam pengurusan rumah sewa. Nampak tak? Ianya satu konsep basic yang sangat bermanfaat. Setiap ruang dalam rumah sewa perlu diberi peranan agar penyewa kita juga faham dan tidak meletakkan barang mereka sesuka hati (Ini untuk sewaan per bilik).

Jadi nampak benda yang kecil tetapi besar faedahnya. Kerja-kerja maintenance rumah juga sangat mudah dan cepat dilakukan. Kehidupan seharian pun jadi lebih baik. Apa-apapun inilah salah satu dari 3 kunci sukses. Kena jadi pengurus powerful dalam menguruskan rumah sendiri dahulu.

Baca juga: 2014 Bermulanya Bijak Urus Rumah Sewa

2. Uruskan Kewangan

Satu lagi aspek kehidupan yang bagi impak besar adalah menguruskan kewangan. Kehidupan kita memang berkait tentang wang kerana ia adalah tools pada masa ini. Kalau zaman purba lainlah cerita, kita boleh buat sistem barter. Zaman sekarang banyak yang stress dengan kos sara hidup yang semakin mencabar. Zaman ekonomi tak tentuang, inflasi meningkat dan kita pula tiada sumber pendapatan lain yang dapat support seperti pendapatan pasif dari pelaburan.

Dalam buku Wanita Wajib Kaya sis pernah tulis cara simple nak uruskan kewangan. Konsep dia adalah jangan terlebih belanja. Macam mana nak monitor adalah melalui sistem sampul. Contoh pendapatan kita adalah Rm2000. Pada setiap sampul, tuliskan apa perkara yang kita nak buat dengan duit tersebut supaya kita tak terlebih belanja. Bahagikan pada perkara berikut:

Saving Rm200

Mak Ayah Rm100

Sedekah Rm50

Sewa/Loan Rumah Rm500

Duit Dapur Rm300

Kesihatan Rm100

Bil Rm100

Kereta/Motor Rm450

Jalan-jalan Rm200

Ini sekadar contoh sahaja. Tetapi sis tekankan 3 perkara teratas tu sangatlah penting. Janganlah dikeluarkan dari list kalau nak buat sistem sampul ni. Banyak keajaiban akan berlaku melalui rutin tersebut.

Konsepnya simpan dahulu baru belanja, hadiah pada mak ayah hidup pasti tenang rezeki mengalir masuk non stop dan what you give, you will get more untuk sedekah. Tak percaya, apa kata cuba je tak kira lah jumlahnya berapa asalkan konsisten dan ikhlas ikut kemampuan. Kalau ada baki lebihan setiap bulan, boleh nak carry forward untuk bulan berikutnya atau ambil semua dan masukkan lagi dalam saving.

Baca juga: Pengalaman Marhaen Dalam Buku Wanita Wajib Kaya

Anak-anak yang sudah faham menggunakan wang (sejak sekolah rendah) sudah boleh diajar untuk praktiskan sistem ni. Inilah kaedah terpaling sempoi didik anak supaya mereka boleh hadam salah satu dari 3 kunci sukses, iaitu kena jadi pengurus yang powerful dalam kewangan.

Bagi anak sis, mereka sudah praktis sejak sekolah rendah. Duit belanja harian adalah ibarat ‘gaji’ yang mereka terima. Pada awal bulan setiap bulan, jumlah ‘gaji’ terkumpul tadi mereka akan letak dalam money organizer yang sis sediakan satu seorang. Sekarang dah banyak dijual personal money organizer. So dalam tu dah guna pakai konsep sistem sampul. Setiap compartment boleh diisi dengan duit yang mereka berjaya kumpulkan. Jadikan rutin sehingga mereka bekerja dan mendapat duit gaji yang real.

Apabila kita dah faham konsep ni, penguruan kewangan kita menjadi semakin baik. Tak perlu konsep yang complicated pun. Budak-budak boleh buat, apatah lagi kita yang dewasa. Tinggsl disiplin atau tak jer.

Kalau sudah mahir dan kemudian nak kumpul aset pula, bolehla menuntut dari guru kewangan sis iaitu Tn Zaidi Ismail. Beliau seorang yang legit dan bukan scammer. Perjalanan nak jumpa orang yang legit ni bukan senang tambahan pula sekarang zaman scammer berleluasa. Boleh riki bagaimana beliau ajar anak didik beliau kat (boleh klik) Akademi Urusinsan.

Selama 10 tahun sis dan suami dalam bidang hartanah, pengurusan kewangan kami semakin baik bila berguru dengan Tn Zaidi. Banyak tools yang beliau ajarkan untuk mencari jalan keluar bila kita stuck. Janji, kita buat. Bukan hanya belajar sahaja tanpa apa-apa tindakan. 

3. Uruskan Emosi.

Manusia dan emosi berpisah tiada. Kebanyakan penyesalan dalam hidup berlaku kerana perbuatan kita yang terlalu mengikut emosi diri. Dalam satu-satu masa terdesak, kita mungkin tidak dapat menguruskan emosi marah, takut, tamak atau dengki dengan baik menyebabkan berlaku kesilapan atau keterlanjuran yang boleh memudaratkan.

Banyak lagi emosi lain yang sering berubah-ubah dalam diri kita. Bukan sahaja emosi negatif perlu diuruskan dengan baik, bahkan emosi positif seperti sayang, cinta, menghargai juga harus diuruskan dengan baik.

Ada kes terlebih sayang menyebabkan kita menyerahkan segalanya seperti berlaku pada mangsa-mangsa love scam. Terlebih sayang juga boleh menyebabkan kita memanjakan anak-anak secara berlebihan sehingga mereka terasa malas berdikari.

Begitulah kenapa kita diseru untuk bersederhana dalam segala hal, supaya tiada emotional attachment yang keterlaluan dengan pelbagai perkara. Seperti sis, pada mula nya agak sukar untuk memahami bagaimana nak menguruskan emosi, tetapi sejak menjadi pelabur saham ni banyak emosi yang kena manage sehingga sis boleh memahami dan menguruskannya dengan baik.

Pengurusan emosi yang baik juga adalah nadi utama bagaimana kita dapat jadi pengurus yang powerful dalam hidup seperti uruskan rumah dan uruskan kewangan.

Bagaimana kita mahu mula mengawal emosi? Selalu lah letak kesedaran pada diri kita yang hidup ini hanya sementara di dunia, emosi yang ada itu lumrah manusia yang lemah. Kita tiada daya melainkan Dialah yang menggerakkan semuanya. Berdoa, dan praktis sikap berdamai dengan emosi sendiri. Memaafkan diri, dan selalulah membuatkan orang lain tersenyum.

Nampak tak semua orang harus menjadi seorang pengurus yang powerful. Jika kita rasa nak buat sesuatu tapi rasa berat dan susah, cuba semak balik adakah kita telah cuba praktiskan 3 kunci sukses ini dan cubalah jadi pengurus yang powerful.

Kejayaan tak kan datang melenggang kalau kita tidak cuba memperbaiki pengurusan hidup. Untuk sukses, ingat 3 kunci sukses di atas, paling penting kena jadi pengurus yang powerful.

Baca juga perkongsian di FB Wanita Wajib Kaya 

 

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.