Risiko Sewakan Rumah Tanpa Deposit. 3 Fungsi Deposit Yang Superb

oleh Fida Jaafar
Risiko Sewakan Rumah Tanpa Deposit. 3 Fungsi Deposit Yang Bagus. Small house with key and coin as good investment symbol.

Risiko sewakan rumah tanpa deposit: Fahami fungsi deposit rumah sewa.

Zaman sekarang ni pasca covid, ekonomi baru nak pulih, banyak juga company nak bangkit semula dan ada juga yang dah jatuh tak melantun balik. Semua orang akan terasa kesannya, bezanya banyak atau sikit. Kami sebagai tuan rumah tidak terkecuali, bertukar-tukar keluar masuk penyewa asbab pekerjaan yang tak tetap kerana keadaan semasa. Ramai penyewa muda datang bertanya untuk sewa rumah tanpa deposit.

Ramai juga tuan rumah baru yang muncul pasca covid ni. Ada yang asalnya buat homestay kemudian convert jadi rumah sewa. Semuanya demi kelangsungan hidup kerana ekonomi yang agak sendu.

Oleh kerana berlumba-lumba mendapatkan penyewa, ada antara tuan rumah yang menawarkan sewa tanpa deposit. Oh, ini memang tiada dalam kamus pengurusan kami. Deposit ni banyak gunanya dan kita sebagai tuan rumah juga tidak boleh sesuka hati menyalahgunakan duit deposit penyewa melainkan untuk perkara berikut:

1. Sebagai duit advance/backup jika penyewa culas bayar sewa bulanan.

Kita tak boleh detect 100% attitude penyewa walaupun kita sudah sedaya upaya menapis dan menepis penyewa asal boleh. Tengok macam baik boleh dibuat menantu, lama-lama duduk baru boleh hadam perangainya satu persatu. Mula-mula janji bayar awal setiap bulan, lama-lama boleh jadi culas dan beribu alasan.

Jika tiba-tiba penyewa bersikap tidak comply pada perjanjian dan culas membayar sewa, boleh berikan notis keluar secepat mungkin dan deposit tadi kira hangus kerana menampung sewa yang tidak dibayarnya. Masa ni jangan bertangguh dari bulan ke bulan, baik hati pun kena bertempat.

Kalau dibiar sampai habis nilai deposit tersebut, tak ada gunanya juga. Contoh kalau ambil deposit sebulan sewa, minta penyewa keluar segera dalam masa sebulan tersebut. Jadi, faham kan risiko sewakan rumah tanpa deposit. Yang bagi deposit pun boleh culas, apatah lagi yang tak bagi deposit langsung.

2. Sebagai duit ganti rugi jika berlaku kerosakan atau kehilangan barang yang disediakan.

Sekarang musim tuan rumah menyewakan rumah/bilik secara co living. Banyak kemudahan lain disediakan dalam rumah termasuk perabot dan barangan elektrik. Kat sinilah duit deposit ini jadi sangat berfungsi. Ia boleh melindungi peralatan yang disediakan dari hilang atau rosak tanpa apa-apa cagaran.

Paling tidak, penyewa akan jaga sebaiknya barang yang disediakan untuk mengelakkan deposit mereka burn. Secara tak langsung mendidik minda penyewa menggunakan dan menjaga barangan yang disediakan secara berhemah.

3. Sebagai pendorong sikap bertanggungjawab penyewa.

Pelik tak bunyinya? Sebenarnya deposit ni penting untuk buat penyewa keluar rumah dalam keadaan yang baik dengan membersihkan bilik atau rumah seperti dalam keadaan asal. Jika tidak, duit deposit mereka akan burn. Jadi, mereka jadi lebih terdorong untuk menyerahkan semula rumah sewa secara baik.

Kebanyakan kes yang kami lalui, rata-rata penyewa kami sangat berdisiplin dan memahami kenapa kami tidak mengamalkan sewakan rumah tanpa deposit. Bagi yang mahu menyewa tanpa deposit kami akan tolak awal-awal secara berhemah.

Baca juga: Gadjet 2024 Yang Wajar Ada di Rumah Sewa

Kami sudah melalui pelbagai ragam penyewa dan apa yang pasti kepentingan deposit ini tak boleh nak dinafikan waima kita terdesak memenuhkan rumah sewa. Lebih baik kita menanti penyewa yang berkualiti dari menerima sahaja sesiapa yang mahu menyewa, sudahnya sakit kepala kita nanti. Dengan deposit juga kita boleh menapis dan menepis penyewa yang jenis asal boleh.

Baca juga: 4 Kisah Penyewa Usia Emas, No. 3 Paling Best !

Rumusannya, risiko sewakan rumah tanpa deposit ini adalah akan muncul masalah yang memeningkan kepala dan membuat jiwa kacau sebab kita tiada asas nak hold atau pegang. Penyewa boleh berbuat sesuka hati kerana tiada kerugian akan berlaku dipihak mereka. Janji dengan mulut atau bertulis semata-mata  juga tidak boleh dipegang. Dalam dunia ini memang ada orang yang baik, tapi tak kurang juga ada yang enggan tepati janji. Semoga tuan rumah sekalian memahami risiko sewakan rumah tanpa deposit. Banyak keburukan dari kebaikan jika kita sewakan rumah tanpa deposit.

Boleh juga ikuti perkembangan terkini kami dalam menguruskan rumah sewa di FB : Bijak Urus Rumah Sewa

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.