Dalam buku Wanita Wajib Kaya (WWK) sebelum ni sis dah ada share kan cara terpaling sempoi untuk uruskan kewangan..tambahan lagi pada musim gawat ni. Nampak sempoi, tapi impaknya agak gempak sehingga mengubah hampir 100% habit berbelanja sis dan famili.
Sesiapa yang pernah baca buku, boleh dah nampak bayang kaedah apa yang sis maksudkan. Bagi yang tiada kesempatan nak beli buku, sis sangat galakkan baca dan praktiskan apa yang sis nak share kat sini.
1. Mulakan dengan cara yang paling simple.
Ajar anak kita cara pengurusan kewangan dari kecil. Oleh sebab sis dah nampak gempaknya impak yang terhasil, sis nak anak-anak juga dapat fahami dan ada kesedaran lebih awal tentang pentingnya menguruskan kewangan dengan baik, dengan rasional dan bukannya dengan emosi semata.
Sejak anak dah masuk darjah satu dan ada wang saku sendiri, inilah masa terbaik untuk didik walaupun pada mulanya sukar sedikit untuk mereka faham. Kita sebagai parent pun kenalah never give up, teruskan je. Cara nya senang sahaja.
Jika tak nak keluarkan modal besar, beli sahaja sampul plastik yang ada dijual secara online atau kedai-kedai serbaneka. Sampul ni saiznya kecil muat-muat dengan note duit kita. Pada sampul tu kena tulis lah perkara berikut:
Pendapatan
Saving
Sedekah
Ibubapa
Belanja Personal
Ini perkara yang default untuk kaedah ni. Kalau nak tambah dan pelbagaikan lagi, silakan. Cuma pastikan anak faham apa tujuannya.
Jadi, setiap hari lebihan duit saku yang diberikan pada anak tu dia akan letakkan dalam sampul yang bertajuk ‘pendapatan’.
Setiap hari begitulah sampai hujung bulan. Setiap 1 haribulan untuk bulan yang baharu, jumlah dari sampul ‘pendapatan’ tadi akan diagihkan ke sampul-sampul lain. Jika boleh, kita sebagai parent bagi lah penjelasan secara ringkas kenapa perlu diagihkan pada perkara-perkara tersebut. Ini contoh yang sis buat:
Pendapatan
Bila besar nanti, macam ni la cara terima gaji jika bekerja makan gaji atau berniaga. Akhir bulan, kita dah boleh tengok berapa jumlah pendapatan kita.
Saving
Paling penting kena tetapkan jumlah berapa nak simpan. Sikit pun tak apa asalkan kita konsisten (habit simpan dulu sebelum belanja)
Sedekah
Sedekah ni suburkan rezeki. Kena letakkan amount yang tetap juga supaya kita sentiasa utamakan konsep memberi dalam kehidupan.
Ibubapa
Untuk menerapkan penghargaan kepada ibubapa kita, malah sedekah yang paling baik adalah untuk ibubapa. Nilainya tak perlu besar, tetapi penuh kasih sayang.
Belanja Personal
Haa..yang ni paling best sebab nilai terkumpul nanti boleh beli apa-apa reward untuk diri sendiri. Jumlahnya boleh berubah-ubah ikut betapa disiplinnya anak-anak berbelanja di sekolah. Dalam masa yang sama melatih mereka untuk berbelanja ikut keutamaan (makan) sebab nanti boleh simpan dengan lebih banyak untuk reward diri.
Contohla kita bagi anak RM6 sehari, anak cuma belanjakan RM4 manakala lebihan RM2 disimpan dalam sampul ‘Pendapatan’ setiap hari. Jadi jika ada 20 hari sebulan sesi persekolahan, mereka berjaya mengumpul RM40 sebagai pendapatan. Maka susunan kewangan mereka boleh di buat macam ni:
Pendapatan RM40
*******************
Saving RM8
Sedekah RM5
Ibubapa RM5
Belanja Personal RM22
Jumlah untuk saving, sedekah dan ibu bapa itu adalah tetap, yang berubah turun naik adalah belanja personal. Mudah kan untuk difahami? Anak sis yang sekolah rendah pun boleh faham dengan jaya nya..dan praktiskan tanpa gagal. Kaedah ini tidak lain adalah nak kekalkan habit cara menyusun kewangan dengan baik.
Untuk anak-anak sendiri, sis hadiahkan money planner yang dibeli online je. Zaman dah canggih kan sekarang. Kita upgrade lah untuk nampak lebih kemas dan anak pun makin semangat sebab ada money planner setiap seorang. Dalam ni ada juga kertas nota kecil yang mana kita boleh hack untuk mengajar anak menulis matlamat tahunan. Cara ni juga paling best untuk menggerakkan subsconcious mind anak-anak yang masih fresh. Biarkan mereka visualize apa yang mereka nak capai. Oleh kerana mereka menyimpan hampir setiap hari, maka mereka juga akan membaca tulisan tentang matlamat ini setiap hari. Sis ada share kat mana sis dapatkan personal money planner ni. Boleh hadiahkan pada anak-anak anda juga atau hadiahkan pada diri sendiri. Boleh klik kat bawah ni:
2. Reward diri dengan belajar melalui guru yang legit.
Selepas kita dah terbiasa dengan habit menyusun perbelanjaan secara berdisiplin dan konsisten, maka kita boleh explore lebih banyak cara untuk menambah aliran tunai dalam pendapatan kita.
Sis berjumpa guru pengurusan kewangan di mukabuku sahaja. Memang ragu-ragu pada mulanya sebab tak nak terkena dengan scammer. Tapi untuk kali ini, jalan yang dipilih memberikan kebaikan yang paling banyak, mengubah mindset untuk melihat di mana kita sekarang, menyusun kewangan sehingga dapat mengumpul aset yang menjana aliran tunai.
Benda paling sukar diterima adalah apabila baru sedar yang selama ni kami menyusun kewangan secara bersendiri. Buat berasingan, bukannya sama-sama sebagai pasukan dalam keluarga. Maksud sis, pengurusan kewangan yang paling berkesan adalah mendapat kerjasama dari suami dan isteri. Yes, kena buat sama-sama. Kalau diceritakan, pasti akan ada perdebatan dan perbezaan pendapat. So, tak perlu dibahaskan di sini, cuma clue nya adalah jika buat secara team work, kita boleh pergi lebih jauh.
Setelah berjumpa Tn Zaidi Ismail, guru sis dan suami barulah kami buat pengurusan kewangan secara bersama dan lebih advance, dapat susun kewangan lebih baik untuk kumpulkan harta. Dulu waktu kami sertai, tiada lagi pakej menarik yang ditawarkan seperti sekarang. Kami juga mengeluarkan sejumlah fi yang agak besar untuk mendapatkan ilmu berguna dalam menyusun kewangan secara lebih advance. Tapi sekarang tawaran lebih baik dengan fi yang jauh lebih rendah, semua orang dah dapat akses untuk belajar dengan Tn Zaidi Ismail. Kalau nak belajar advance boleh jenguk kelas online beliau di:
Sampai sekarang sis dan suami masih keep in touch dengan Tn Zaidi, ilmu jatuh bangun beliau itu sangat mahal dan kami dapat jalan pintas melalui pelajaran yang beliau kongsikan.
Selamat praktiskan ilmu-ilmu yang dikongsikan. Ingat satu je, ilmu tanpa amal tiada erti juga..jadi kuasa bertindak anda yang menentukan semuanya. Sis sudah kongsikan pilihan yang ada, moga bermanfaat untuk semua. Selamat mempraktiskan kaedah terpaling sempoi uruskan kewangan di musim gawat.