Pengalaman Marhaen Dalam Buku Wanita Wajib Kaya

oleh Fida Jaafar

Wanita Wajib Kaya

Dedikasi buku ini bukan sahaja buat wanita, tetapi lelaki-lelaki yang menyokong wanita dalam hidup mereka dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Mana boleh hidup wanita tanpa lelaki. Maksudnya, dalam diri seseorang wanita pasti akan ada lelaki. Tak kira sebagai suami, ayah, abang, adik, kawan, cikgu, siapa sahaja yang memberi inspirasi dan sokongan. Terima kasih buat lelaki-lelaki baik hati yang tahu menghargai wanita di sekeliling mereka.

Jadi, betul ke wanita wajib kaya? Buku ini secara amnya mahu mendorong semangat dalaman seseorang wanita yang mungkin tak disedarinya, atau mungkin sengaja diabaikannya. Kaya itu pula subjektif. Kebanyakan dari kita kurang selesa dengan perkataan kaya mungkin disebabkan pelbagai persepsi atau terjemahan kita terhadap kekayaan. Ianya boleh berlaku disebabkan pengalaman yang kita kutip sepanjang perjalanan hidup kita.

Kaya hanyalah perkataan. Definisinya berbeza mengikut setiap fikiran individu. Bahkan, perkataan kaya ada maksud lain juga. Sapu kat roti, boleh buat perut kenyang! Perkataan kaya juga jika diucapkan kepada masyarakat di negara lain, kefahaman mereka akan jadi berbeza. Jadi, sensitiviti terhadap perkataan ini adalah berbeza mengikut kefahaman setiap manusia.

Definisi kaya untuk saya sebagai penulis adalah, banyak memberi pilihan. Dan keutamaan buku ini adalah untuk memupuk seseorang wanita berjaya mengubah perkara paling penting dalam hidup mereka iaitu mindset. Asas kekayaan adalah mempunyai mindset yang betul. Dengan erti kata lain, wanita wajib kaya mindset!

Semoga para pembaca mendapat manfaat dari buku ini, dan ia sudah menjadikan objektif penulisannya tercapai.

Terima kasih
Love,
Fida Jaafar

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.