Hidup bermatlamat adalah seperti kita memandu menggunakan GPS. Tepat dan cepat sampai. Kalau tersasar sedikit masih boleh dibaiki. Ada 3 asbab kita wajib menulis matlamat, barulah hidup bertambah best.
Pernah tak lihat orang-orang yang berjaya dan apabila ditanya tentang rutin mereka, mereka akan bercakap tentang fokuskan pada matlamat. Pecahkan dari matlamat yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang senang dicapai. Itulah motivasi mereka setiap hari. Rentetan itu juga, 3 asbab kita wajib menulis matlamat, barulah hidup mulai nampak perubahan, improvement, to the next level orang kampung kita cakap.
1. Jangan pernah rasa jemu menulis dan membaca matlamat kita.
Hari ini adalah hari ke 18 saya menulis Matlamat Tahun 2021 setiap hari. Bermakna, hari ni juga adalah hari ke 18 saya bangun pukul 5 pagi untuk mulakan rutin harian. Letakkan dalam kepala, apa asbab mahu bangun 5 pagi setiap hari, dan akan secara automatic tersedar sebelum alarm berbunyi. Sangat menakjubkan!
Sebelum menulis matlamat setiap hari, saya telah merangka apa kemahuan saya dalam hidup (kemahuan yang besar, walaupun pada masa kini nampak seperti tak logik). Kemudian saya perincikan mengikut tahun supaya lebih fokus.
Baca juga: Memilih Perkataan
Dalam menulis matlamat, apa yang penting sangat adalah ‘trust your gift’. Jika terbit kepercayaan yang betul dalam diri bahawa kita boleh lakukan, pasti perjalanan untuk melakukannya menjadi lebih mudah, malah kemudian kita akan duduk bersandar dan hampir tidak percaya bahawa ianya semudah itu. Begitulah misterinya kehidupan ni.
Nak lagi cantik, tengoklah nota-nota lama kita dulu. Kalau ada pernah tulis, saya nak ada kedai kek suatu masa nanti, saya nak tinggal berdekatan tasik ini bila kahwin nanti, bahkan saya nak calon pasangan dari negara Eropah. Sudah capaikah apa yang tertulis? Kerana sememangnya kita boleh capai, walaupun tanpa kita sedar!
2. ‘Gift’ ada dalam diri setiap manusia.
Gift ini pula ada dalam setiap manusia, yang mana Tuhan telah menganugerahkan nya pada setiap manusia. Tiada seorang pun yang tertinggal. Bagaimana mengenali gift dalam diri masing-masing? Ini lah usaha yang sepatutnya setiap dari kita lakukan.
Dengan erti kata lain, bila kita buat sesuatu, kita tidak sesekali rasa jemu atau putus asa. Jika terlalu penat, kita akan berhenti sekejap untuk berehat, tetapi bukan bermaksud berhenti selamanya. Perjalanan mengenali gift masing-masing adalah berbeza. Ada yang bertemu awal dan ada yang diakhir hidup. Yang pasti, kita akan bertemu gift jika kita usahakan untuknya, bukan hanya duduk menunggu ia datang menyerah pada kita.
Menulis matlamat adalah salah satu cara mengenali gift yang ada pada kita. Tulislah seberapa banyak yang kita mahu, tak menjadi satu kesalahan langsung, bahkan nanti akan unleash potensi diri yang selama ini bersembunyi dalam diri kita. Rajinkan menulis.
3. Kelemahan masa lalu, jika kita berjaya atasi boleh jadi gift yang paling bermakna
Saya telah melalui banyak keajaiban (yang saya panggil ujian supaya hambaNya bersyukur) berkenaan gift dalam diri. Perhatikan kelemahan kita sekarang, dan jangan terkejut apabila suatu masa kelak kelemahan inilah yang muncul menjadi suatu gift yang besar dalam hidup.
Apabila kita mulai sedar, kita akan mula mengakuinya sebagai hikmah.
“Oh..dulu aku sangat penakut nak bercakap depan orang. Terkumat kamit mulut tak dapat sebut perkataan apa pun, tapi sekarang ucapan depan audien yang ramai adalah passion aku. Rasa sangat puas dapat beri ucapan bermanfaat di depan audien”.
Ia contoh bagaimana gift boleh muncul dalam hidup kita. Dari kelemahan yang kita tangisi dan kita rasa rendah diri, menjadi suatu perkara yang sangat luar biasa, memberi kepuasan hidup dan memberi manfaat kepada manusia lain.
Untuk melihat banyaknya hikmah dalam hidup, saya sangat suka senaraikan apakah perkara yang saya rasa sangat sangat sukar pada masa lalu. Iyalah, benda sukar dan buat kita menangis atau terduduk, murung atau kecewa pastinya kita akan ingat sampai bila-bila.
Jadi senaraikan semua kesukaran masa lalu. Di sebelahnya, buatkan kolum apakah yang kita rasai sekarang, adakah kita telah berjaya menghadapi kesusahan ini dan ianya sekarang menjadi benda yang amat mudah pada kita? Menulis perkara sebegini amat penting kerana ia menguatkan lagi maksud dalam alQuran, surah al-Inshirah; ‘setiap kesusahan pasti ada kesenangan’. Jangan tunggu lagi, terus senaraikannya sekarang.
Menulis kesukaran masa lalu dan membandingkan ia dengan keadaan kita pada hari ini (jangan sesekali bandingkan dengan manusia lain) adalah cara bagaimana kita mengucap syukur kepada Tuhan yang Maha Memberi rezeki.
Satu cara lain lagi yang kita boleh buat adalah menulis perkara yang bahaya (dari segi ancaman nyawa) dan bagaimana kita boleh terselamat dari nya. Secara tak langsung kita akan menghargai setiap detik yang masih ada ini dan gunakan sebaik mungkin.
Begitulah tentang 3 asbab kita wajib menulis matlamat barulah hidup jadi amazing. Amazing tu maksudnya hidup tenang-tenang dalam kelas yang tersendiri.
Baca juga perkongsian di :