3 Stages untuk jadi pelabur saham yang berjaya

oleh Fida Jaafar

Stage yang saya kongsikan di sini adalah dari pengalaman sendiri dan ianya merupakan pendapat diri saya sebagai orang yang telah melaluinya. Pada trader lain, pendapatnya boleh jadi sama atau tidak kerana perjalanan mengutip pengalaman setiap dari kita adalah berbeza-beza. Toleh belakang, ingat balik bila kita mula terjebak saham dan adakah kita lalui fasa-fasa berikut.

Stage 1
Fasa wajib beri lebih 100% komitmen dalam mempelajari saham. Fasa ni adalah permulaan kita dengar tentang saham, kita mula kuiri, mula cari jawapan, mula cari cikgu saham, mula trade ikut-ikut orang, mula rasa semangat berkobar-kobar nak jadi jutawan segera, mula tergelojoh trade guna real money, mula fikir senangnya nak buat duit kat saham, mula dapat beginner’s luck dari saham.

Kemudian, slowly kita mula hilang semula semua profit, mula kena libas dengan market berturut-turut hingga hampir give up, mula fikir aku masuk je loss, aku tak masuk laju pulak dia naik..apa lah dosa aku buat ni. Masa ni akan ada rasa nak cari sistem holly grail saham sebab tak nak langsung terima loss. So, makin ramai guru kita cari, bersilih ganti. Tak sempat khatam teknik power bulan dan bintang, dah tukar cikgu lain yang lebih glamour. Macam tu lah berulang-ulang sampai kita give up atau kita teruskan dengan cara lain pula.

Nak tahu satu rahsia? Takkan ada holly grail dalam saham. Takkan ada teknik bijak power rangers boleh perah duit dari market dan buat kita sentiasa win. Kat sini kena ada awareness dalam diri sendiri bahawa dalam saham, profit dan loss adalah adik beradik kembar. Sorang takde, rasa tak lengkap lah yang sorang lagi. Kerja kita adalah mencari formula bagaimana profit yang kita jana boleh mengatasi loss yang kita hadap tu.

Sebab itu fasa ni menjadi fasa yang sangat busy. Watak kita berubah-ubah dengan cepat dan ketara. Emosi bercampur baur, sikap bertukar ganti. Pada fasa ni kita sewajarnya memahami konsep saham yang sebetulnya. Tiada jalan shortcut untuk menjadi jutawan saham. Mulakan kecil kecilan, asah skil, belajar bagaimana menguruskan yang kecil ini dulu supaya nanti bila sudah naik taraf ke yang besar (modal) kita sudah ada skil yang mantap untuk uruskannya dengan betul.
Pada fasa ini:

1. Fahamkan bahawa konsep saham adalah game of probability- kita rasa cantik macam mana pun sesuatu setup, tiada jaminan kita akan profit dari setup tersebut. Jadi neutralkan minda, biar market yang beri keputusan.

2. Cari trading edge yang dapat guna tanpa rasa takut atau teragak-agak bila kita nak entry- praktiskan satu teknik sahaja dulu. Buat paper trade 20-40 sesi trade untuk uji keberkesanan teknik. Tetapkan peraturan trade dan jadikan ia SOP yang mudah untuk dirujuk.

3. Catat butiran penting dalam trading journal. Jangan catat dalam minda je. Nanti nak refer tak nampak. Disiplin untuk konsisten mencatat juga agak mencabar tapi jika kita bersungguh-sungguh pasti nampak juga hasilnya.

4. Setelah result yang bagus dah muncul, baru kita nak mulakan trading guna real money. Real money ni akan drag emosi kita lebih lagi berbanding paper trade. Jadi, tak boleh juga terlalu lama paper trade. Once dah ada trading edge yang bagus dan trusted, gunalah real money.

Stage 2
Fasa ni kita bergelut dengan emosi kerana dah mula trade guna real money. Ia juga fasa peralihan dari paper trade ke real trade, di mana kebanyakan trader rasa masih nervous dan belum bersedia nak hadap real loss.

Nak tak nak, kena teruskan trade secara persistent. Loss ke, profit ke, trade je macam kat stage 1. Buat 20-40 sesi trade, guna trading edge dan praktiskan SOP, catat kat journal tanpa tertinggal walau sekali. Kat sini lah kena ada kekuatan diri untuk lakukannya dengan disiplin yang tinggi. Bak kata mat salleh ‘follow your rules religiously’.

Dalam journal tu, nak catat apa emosi masa kita close position pun boleh. Buat satu kolum khas. Tulis je semua sebab pengurusan emosi adalah part yang sangat penting  dalam dunia pelaburan saham ni. Selepas 20-40 trades, cuba tengok apa resultnya? Adakah profit mengatasi loss atau sebaliknya.

Ulang-ulang fasa ini sehingga nampak result cantik iaitu konsisten dapat profit selepas buat 20-40 sesi trade, then sambung lagi 20-40 sesi trade untuk lihat adakah profit lebih banyak berbanding loss. Haa, so rasa-rasa berapa lama masa perlu diambil untuk tengok result yang valid? 20-40 trades jika dalam saham Bursa ambil masa 6 bulan ke 1 tahun.

Maksudnya kena test dan catat minimum 1 tahun untuk tengok prestasi. Bukannya trade hari ni, 3 bulan akan datang dah boleh beli Lamboghini. Takkk..betulkan balik mindset tu. Selagi tak betul yang tu, selagi tu tak nampak macam mana nak maju ke depan dalam saham. Kebenarannya, ambik masa bertahun-tahun untuk nampak hasil, lebih-lebih lagi kalau kita tak jumpa-jumpa trading edge yang berikan konsisten profit.

Pada stage 2 ni, kenalah follow rules dengan disiplin dan jangan ganggu trade kita tu selagi market tak bagi keputusan. Masa ni barulah nak sedar yang trade ni sebenarnya boring yakmat. Kalau banyak sangat masa free dan boring tak tau nak buat apa, cepat-cepat alih perhatian pada hobi ke, cari kerja part time ke, mengasuh budak ke. Apa-apa saja asalkan jangan trade kalau tak perlu trade, dan jangan gatal kacau trade yang tengah berjalan. Bagi market buat kerja dia. Kalau ada kerja tetap, lagi bagus. Gaji kerja hakiki dapat, gaji trade pulak dapat secara tahunan. Trade saham sebaiknya buat part time.

Dah berjaya dapat konsisten profit (selepas 20 trades) walaupun kecik, itu sudah memberikan kita title sebagai profitable trader. Sebab, kita fokus bina skil berbanding taksub nak kaya raya selepas sebulan trade.

Stage 3
Fasa ni adalah saatnya skil padu bertemu modal mantap. Dah bina skil, dah kumpul modal lebih besar, praktiskan sahaja apa yang dibuat pada stage 2 tadi tapi kali ni dengan modal yang lebih besar. Kali ni nilai risk yang kita guna juga akan lebih besar (mindset kena bersedia).

Trade saham ni, tak sama mcam forex sebab kita tak ada kemudahan margin sebagaimana yang forex trader buat. So tak hairanlah kalau dorang cakap, aku guna modal 10 ribu je dah beranak jadi 3 juta (contohhhh). Ini sebab dorang ni boleh leverage guna margin yang ada. Untuk kita pulak, kena guna modal yang kita kumpul sikit-sikit dari simpanan atau hasil profit saham sebelum ni. Sabarnya bukan kaleng-kaleng. So jangan duk terliur dengar orang sembang dari ribu-ribu sekejap je beranak jadi juta-juta. Tools dia tak sama dengan kita.

Stage 3 ni fasa di mana kita dah ada skil (yang diasah secara persistent dari stage 2) dan kita ada modal yang lebih besar (kena guna duit yang kita ok jika burn- supaya emosi lebih bersedia). Jadinya, selepas 20-40 sesi trade, profit yang diperolehi lebih besar nilainya berbanding semasa stage 2 sebelum ni. Jadi, setiap tahun kita sudah ada pendapatan yang stabil dan boleh digunakan untuk tanggung kehidupan selama setahun ke depan. Maksudnya, kita boleh cash out profit trading ni dan jadikannya gaji yang tetap setiap bulan pada tahun berikutnya. Inilah cara saya menguruskan profit yang diperolehi. Jadi, fikiran akan lebih tenang semasa kita trade sebab dah confirm gaji setiap bulan dari pendapatan trade tahun sebelumnya. Boleh tangkap tak? Kalau tak, cuba baca berulang-ulang atau baca cara saya kira duit gaji hasil trading saham. Harap dapat membantu untuk lebih faham.

Dah sampai ke fasa ni, kita mempunyai lebih banyak pilihan. Contohnya nak travel satu dunia dah tak risau sebab boleh trade dari mana-mana sahaja asalkan ada internet, nak pencen awal dari kerja hakiki kita sebab nak buat kerja lain yang kita impikan dari kecil, nak duduk rumah pandang dinding setiap hari (kalau boleh jangan yang ni, nanti gatal nak kacau trade sebab boring, lol), nak buat apa saja yang kita nak explore.
Satu lagi kelebihan yang lain adalah kita ada skil yang boleh diperturunkan kepada anak-anak, untuk mereka pula meneruskan legasi dan seterusnya perturunkan kepada anak-anak mereka pula. Mereka masih lagi boleh pilih karier yang mereka suka, disamping skil ini yang turut dipraktiskan secara konsisten. Inilah unfair advantage yang amat bernilai tinggi harganya.Best kan?

Best tu best juga, tapi kena ingat fasa ni banyak juga cabaran terutama emosi tamak. Dah nampak banyak RM depan mata, mulalah tergelincir dari SOP dan disiplin. Inilah bahaya yang bakal ditempuhi oleh semua trader kerana semua trader adalah manusia yang beremosi. Trader yang berjaya menguasi diri untuk tidak tamak haloba akan dapat terus bertahan dan berjaya dalam saham, dan bagi yang tergelincir mereka akan kembali ke stage 2. Kenalpasti mana salah silapnya untuk dijadikan panduan. Itupun kalau mereka tak give up.

Jadi stage 2 & 3 boleh bersilih ganti dalam perjalanan seseorang trader. Tiada salahnnya di sini, semuanya terpulang bagaimana kita menguruskannya. Pengalaman ini juga akan menjadi asbab kita semakin dapat melangkah jauh lagi ke depan.

Habis sudah 3 stage yang saya nak kongsikan. Harap ia jelas dan dapat bantu sedikit sebanyak menjelaskan flow yang ada untuk capai tahap pelabur saham berjaya. Jika masih rasa busy semacam dan tak sempat rasa boring, itu tandanya kita masih berada di stage 1. Kita belum menemui laluan yang sesuai dengan kita, tetapi sekurang-kurangnya kita telah berusaha. Tetaplah berusaha, sampai tiba masa nanti kita akan faham betapa seksanya rasa boring dalam saham ni– fasa emosi yang stabil dan tenang.

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.