2014 Bermulanya Bijak Urus Rumah Sewa

oleh Fida Jaafar
2014 Bermulanya Bijak Urus Rumah Sewa. A book for property investment

Turning point dalam hidup, 2014 bermulanya bijak urus rumah sewa.

Bagaimana pertama kali kami melabur hartanah?

Pertama kali melabur hartanah, kami dengan selamba menggunakan kaedah hentam sajalah. Asbab baca buku Rich Dad Poor Dad, berkobar-kobar nak jadi pelabur hartanah lah kononnya. Ada juga baca sikit-sikit kat internet, kemudian terus beli dua buah rumah. Haa…terciduk jugak la seposen dua. Nasib baik berjaya ditambahbaik semula.

Konsep pelaburan ni sangat menambat hati kami sebab sekali buat, hasilnya dapat berkali-kali. Pasif income dalam erti kata lainnya. Paling best, ia menyatukan hobi dan minat kami berdua.

Namun, cabarannya bukan kaleng-kaleng. Kami sendiri pernah rasa hampir give up berkali-kali masa baru je jejak sebelah kaki dalam pelaburan hartanah. Macam-macam masalah tak terduga datang bertimpa-timpa.

Ilmu dalam buku nampak seakan senang untuk dilalui, tetapi apabila dipraktiskan di medan sebenar, baru tau langit tinggi ke rendah. Akan tetapi, lebih baik ada ilmu dari tak ada langsung. Sepanjang perjalanannya itulah kita akan mengutip satu persatu ilmu yang paling unik dan tak akan sama sebijik dengan orang lain. Custom made la maksudnya.

The power of ‘pengalaman tepi jalan’

Power nya pengalaman tepi jalan ni, sampai kita boleh menguruskan risiko dan emosi dengan jauh lebih baik dari orang yang hanya membaca fakta tetapi tiada praktikal sebenar. Perit jerih tu akan terbayarkan pada suatu masa nanti. Trust the process mat salleh cakap.

Jika dulu kami tak mengatasi rasa give up tu, maybe sekarang kami belum lagi mencapai apa yang kami mahu capai. Kami berprinsip mahu buat apa yang kami suka buat dalam hidup, dan sekarang kami sedang melalui perjalanannya. Perjalanan ni akan berterusan selagi kami berada di bumi milik Tuhan.

Segala pengalaman yang kita ada, kita boleh tambah baik melalui penyelesaian masalah. Sebab tu, jangan anggap masalah itu musibah, sebaliknya cari penyelesaian dan kualiti hidup kita confirm menjadi lebih baik. Melalui sepak terajang itu juga kami dapat pelajari apa yang patut buat dan apa yang patut elak.

Simpan half of journey dalam sebuah buku

Melalui pembacaan, pengalaman tepi jalan dan penyelesaian kepada masalah, terhasil lah buku Bijak Urus Rumah Sewa yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Nota-nota kecil penulisan buku ini telah bermula sejak 2014 dan hanya dibukukan sejak tahun 2019. 

Buku ini asalnya naskah untuk ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat yang selalu bertanyakan bagaimana nak setup rumah sewa dengan betul? Oleh kerana penat kami nak jawab, maka lebih baik buku kan sahaja dan manfaat boleh diperolehi oleh lebih ramai orang. Kalau ditulis setiap bait perjalanannya, mau panjang berjela buku tu. 

Orang kita pun taklah ramai sangat yang suka membaca panjang-panjang ni. Kalau anda terkecuali dari orang-orang ini maka thumbs up lah untuk anda. Jadi kami tuliskan apa yang penting agar boleh dijadikan panduan. Cara setup rumah sewa yang betul adalah asas kepada menjadi bijak urus penyewa syurga.

Namun harus diingat juga, ilmu ini perlu dipraktiskan dan dihadam dengan penuh rasa rendah diri untuk belajar cara asasnya. Ia bukan terus datang memberikan anda pulangan 100% selepas habis membaca dalam masa 1 jam. Nak menjadi pelabur, key point utama adalah sabar. Nikmati perjalanannya dengan sabar. Setiap kejayaan ada prosesnya.

Tidak kira siapapun anda, kami sangat menggalakkan anda mencari gift dalam diri, dan gift ini akan berkembang menjadi skil kita untuk terus survive dengan jayanya dalam hidup. Jika yang telah berpasangan, jangan lupa berterima kasih kepada pasangan anda kerana sentiasa menyokong antara satu sama lain. Benda ni lah yang mengikat sesuatu perhubungan untuk menjadi lebih utuh. Banyak kejayaan boleh tercipta jika kita teamwork bersama pasangan.

Bagi kami pula, team work dalam penulisan Buku Bijak Urus Rumah Sewa telah membuahkan hasil yang sangat baik. Kami tidak berbelanja besar ke arah liabiliti melainkan hanya lebih fokus kepada membeli aset. Kami ada share pengalaman kami menguruskan rumah sewa melalui kursus digital di Akademi Urusinsan. (boleh klik).

Buat anak-anak kami pula, skil ini lah sebagai unfair advantage untuk mereka. Dari kecil mereka menyaksikan kepayahan kami berdikit-dikit dalam meningkatkan skil dalam pelaburan hartanah. Apabila dewasa, jadilah apa sahaja yang mereka mahu (kerja halal) asalkan mereka tidak lupa dua skil ini iaitu pelaburan hartanah dan pelaburan saham.

Kedua-dua skil ini, apabila sudah mahir memang wajar sangat diuruskan secara part time sahaja kerana tempoh masa yang diperlukan hanya beberapa jam sahaja setiap bulan. Kalau terlebih urus (terlebih involve) tak pasal-pasal akan kacau emosi. Ramai pelabur sentiasa mem ‘busy’ kan diri dengan benda lain sebab tak mahu terjebak dengan emosi yang merugikan.

Jika mahukan buku Bijak Urus Rumah Sewa limited edition, boleh contact Admin Hartaplus Capital.

Boleh juga ikuti perkembangan terkini kami dalam menguruskan rumah sewa di FB : Bijak Urus Rumah Sewa

Baca juga perkongsian kami di Harian Metro:  4 Tip Cari Penyewa

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.