Gadjet 2024 Yang Wajar Ada di Rumah Sewa

oleh Fida Jaafar

Dalam banyak-banyak ruang dalam rumah sewa bujang, ruang dapurlah yang paling penting sebab kat sini adalah tempat penyewa nak mengisi perut sambil healing gitu. Dengan keadaan ekonomi zaman sekarang yang mencabar, patutnya ada alternatif yang boleh jimatkan duit penyewa iaitu memasak sendiri kat rumah. Banyak jimat, perut kenyang, hati riang. Tak adalah setiap bulan nak kena kejar sewa dari mereka..sebaliknya dia merekalah yang akan bayar awal sebelum masuk bulan baru. Kita mudahkan kerja orang, orang pun memudahkan kerja kita. Sekarang pun dah tahun 2024, pelbagai gadjet dapur yang helok dan sesuai untuk kita sediakan di rumah sewa.

Dalam setup rumah sewa tahun-tahun sebelum ni, ada je kami bagi stove untuk penyewa masak. Tetapi, risiko dengan stove ni kena pakai gas. Tang gas ni la kami rasa tak berapa berani sangat nak sediakan kat rumah sewa kerana penyewa adalah manusia biasa yang boleh buat kesilapan bila-bila masa saja. Banyak juga kes terlupa tutup gas dan menyebabkan kebakaran. Kalau dah sampai tahap ni memang boleh mengancam nyawa dan memusnahkan harta benda kan, maka kita cari lah cara untuk kurangkan risiko tetapi masih lagi memberi value kepada penyewa.

Kat bawah kami senaraikan barang peralatan yang kami sediakan di rumah sewa supaya penyewa rasa seperti duduk kat rumah family mereka sendiri. Senang nak masak, tak payah susahkan mak lagi dah..tinggal rajin dengan tak je. Kalau nak jimat, pandai-pandaila kau masak sendiri ya.

 1. Microwave

Kami pada asalnya nak tukar microwave baru kat rumah sendiri ni, jadi apa salahnya yang lama dan masih elok tu pindahkan lah ke rumah sewa bagi dia berbakti kat anak-anak bujang tu pula. Microwave ni macam biasalah, guna untuk panaskan makanan. Contohnya ada lebihan masakan semalam yang disimpan dalam peti (kami pun sediakanlah peti ni), bolehla guna microwave untuk panaskan. Dah jimat duit nak beli makanan, jimat energy juga nak masak balik. Tinggal panaskan dan makan. Cepat, selamat dan efisien kan. Oh ya, kat rumah sewa ni kami sediakan juga pinggan mangkuk yang boleh digunakan dalam microwave ni.

 2. Kettle

Kettle ni lagi jimat untuk tuan rumah dari melanggan mesin air yang pelbagai jenis kat pasaran sekarang. Lagipun kami dah sediakan peti ais. Kalau diorang nak sejuk, simpanlah air dalam peti kan..bukan apa, kalau guna mesin air ada komitmen lain yang leceh pula seperti jadual nak servis la, isu tekanan air la, nak kena tambah pam la. So, banyak juga benda nak kena hadap. Jadi kami sediakanlah kettle ni untuk mudahkan diorang bancuh kopi ke teh ke, jimat dah tak payah nak habis berbelas hengget beli kopi mahal kat luar sana.

3. Electric pan/cooker

Haa..ini favourite mak mak dan sekarang dah jadi gadjet harus bagi rumah bujang. Asalnya nak cuba elakkan guna stove dan gas supaya kurangkan risiko meletup ke apa. Jadi, kami survey lah terus apa yang patut di platform online yang berlambak-lambak sekarang ni. Dari situlah kami buat keputusan menyediakan electric pan atau electric cooker sebagai alternatif kepada stove dan gas. Apa yang best, ianya bukan saja boleh masak lauk pauk, tapi boleh juga kalau nak masak nasi..tak payah nak beli rice cooker lagi dah. Kalau nak masak mi segera pun, petik jari dah siap.

Begitulah kisahnya dengan gadjet 2024 yang wajar ada kat rumah sewa si bujang. Dari malas dan susah nak masak, jadi pandai masak. Balik rumah mak, boleh masak kat mak pulak bagi mak kau rehat. Kami sebagai tuan rumah juga senang hati tiba-tiba anak makcik dah termasuk kategori awak terlalu baik. Buat tuan rumah atau bakal tuan rumah, teruskanlah memberi value walaupun kadang-kadang menjadi tuan rumah tersakiti.

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.