{"id":1992,"date":"2023-12-30T10:10:00","date_gmt":"2023-12-30T02:10:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.wanitawajibkaya.com\/?p=1992"},"modified":"2024-03-07T13:20:06","modified_gmt":"2024-03-07T05:20:06","slug":"kaedah-terpaling-sempoi-uruskan-kewangan-di-musim-gawat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.wanitawajibkaya.com\/kaedah-terpaling-sempoi-uruskan-kewangan-di-musim-gawat\/","title":{"rendered":"Kaedah Terpaling Sempoi Uruskan Kewangan di Musim Gawat"},"content":{"rendered":"\t\t
Dalam buku Wanita Wajib Kaya<\/span><\/a> (WWK) sebelum ni sis dah ada share kan cara terpaling sempoi untuk uruskan kewangan..tambahan lagi pada musim gawat ni. Nampak sempoi, tapi impaknya agak gempak sehingga mengubah hampir 100% habit berbelanja sis dan famili.<\/p> Sesiapa yang pernah baca buku, boleh dah nampak bayang kaedah apa yang sis maksudkan. Bagi yang tiada kesempatan nak beli buku, sis sangat galakkan baca dan praktiskan apa yang sis nak share kat sini.<\/p> 1. Mulakan dengan cara yang paling simple.<\/strong><\/p> Ajar anak kita cara pengurusan kewangan dari kecil. Oleh sebab sis dah nampak gempaknya impak yang terhasil, sis nak anak-anak juga dapat fahami dan ada kesedaran lebih awal tentang pentingnya menguruskan kewangan dengan baik, dengan rasional dan bukannya dengan emosi semata.<\/p> Sejak anak dah masuk darjah satu dan ada wang saku sendiri, inilah masa terbaik untuk didik walaupun pada mulanya sukar sedikit untuk mereka faham. Kita sebagai parent pun kenalah never give up, teruskan je. Cara nya senang sahaja.<\/p> Jika tak nak keluarkan modal besar, beli sahaja sampul plastik yang ada dijual secara online atau kedai-kedai serbaneka. Sampul ni saiznya kecil muat-muat dengan note duit kita. Pada sampul tu kena tulis lah perkara berikut:<\/p> Pendapatan Ini perkara yang default untuk kaedah ni. Kalau nak tambah dan pelbagaikan lagi, silakan. Cuma pastikan anak faham apa tujuannya.<\/p> Jadi, setiap hari lebihan duit saku yang diberikan pada anak tu dia akan letakkan dalam sampul yang bertajuk ‘pendapatan’. Pendapatan Saving Sedekah Ibubapa Belanja Personal Contohla kita bagi anak RM6 sehari, anak cuma belanjakan RM4 manakala lebihan RM2 disimpan dalam sampul ‘Pendapatan’ setiap hari. Jadi jika ada 20 hari sebulan sesi persekolahan, mereka berjaya mengumpul RM40 sebagai pendapatan. Maka susunan kewangan mereka boleh di buat macam ni:<\/p> Pendapatan RM40 Jumlah untuk saving, sedekah dan ibu bapa itu adalah tetap, yang berubah turun naik adalah belanja personal. Mudah kan untuk difahami? Anak sis yang sekolah rendah pun boleh faham dengan jaya nya..dan praktiskan tanpa gagal. Kaedah ini tidak lain adalah nak kekalkan habit cara menyusun kewangan dengan baik.<\/p> Untuk anak-anak sendiri, sis hadiahkan money planner yang dibeli online je. Zaman dah canggih kan sekarang. Kita upgrade lah untuk nampak lebih kemas dan anak pun makin semangat sebab ada money planner setiap seorang. Dalam ni ada juga kertas nota kecil yang mana kita boleh hack untuk mengajar anak menulis matlamat tahunan. Cara ni juga paling best untuk menggerakkan subsconcious mind anak-anak yang masih fresh. Biarkan mereka visualize apa yang mereka nak capai. Oleh kerana mereka menyimpan hampir setiap hari, maka mereka juga akan membaca tulisan tentang matlamat ini setiap hari. Sis ada share kat mana sis dapatkan personal money planner ni. Boleh hadiahkan pada anak-anak anda juga atau hadiahkan pada diri sendiri. Boleh klik kat bawah ni:<\/p>
Saving
Sedekah
Ibubapa
Belanja Personal<\/p>
Setiap hari begitulah sampai hujung bulan. Setiap 1 haribulan untuk bulan yang baharu, jumlah dari sampul ‘pendapatan’ tadi akan diagihkan ke sampul-sampul lain. Jika boleh, kita sebagai parent bagi lah penjelasan secara ringkas kenapa perlu diagihkan pada perkara-perkara tersebut. Ini contoh yang sis buat:<\/p>
Bila besar nanti, macam ni la cara terima gaji jika bekerja makan gaji atau berniaga. Akhir bulan, kita dah boleh tengok berapa jumlah pendapatan kita.<\/p>
Paling penting kena tetapkan jumlah berapa nak simpan. Sikit pun tak apa asalkan kita konsisten (habit simpan dulu sebelum belanja)<\/p>
Sedekah ni suburkan rezeki. Kena letakkan amount yang tetap juga supaya kita sentiasa utamakan konsep memberi dalam kehidupan.<\/p>
Untuk menerapkan penghargaan kepada ibubapa kita, malah sedekah yang paling baik adalah untuk ibubapa. Nilainya tak perlu besar, tetapi penuh kasih sayang.<\/p>
Haa..yang ni paling best sebab nilai terkumpul nanti boleh beli apa-apa reward untuk diri sendiri. Jumlahnya boleh berubah-ubah ikut betapa disiplinnya anak-anak berbelanja di sekolah. Dalam masa yang sama melatih mereka untuk berbelanja ikut keutamaan (makan) sebab nanti boleh simpan dengan lebih banyak untuk reward diri.<\/p>
*******************
Saving RM8
Sedekah RM5
Ibubapa RM5
Belanja Personal RM22<\/p>