Uruskan bisnes kita secara bersistem dari awal kita mulakannya. Bila sudah sampai masa untuk berkembang, ia akan memudahkan.
Bagaimana nak uruskan bisnes kita secara bersistem? Ianya mengambil masa untuk kita merencana apakah flow yang akan terlibat dalam sesuatu bisnes.
Sebagai pengemudi bisnes, lazimnya kita tahu perkara basic yang sentiasa berlaku setiap hari atau setiap kali proses berbisnes ini berlaku, jadi kita kena cipta satu sistem supaya jika kita tak ada, pekerja masih boleh meneruskan bisnes secara manageable.
Seperti kami sendiri, dalam menguruskan rumah sewa kami sudah menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh team kami.
Tak perlu tunggu lama untuk kita bina SOP bisnes, tiada masa yang perfect untuk kita mulakan. Hanya buat dahulu dan jika ada kelemahan yang perlu diperbaiki, kita improve lah dari masa ke semasa. Yang tak eloknya jika kita tidak langsung berusaha untuk uruskan bisnes kita secara bersistem. Tiada langsung SOP untuk kita dan team rujuk.
Kisah 1
Urusan kerja kami ni selalu lah berjalan merata, kadang-kadang nak makan pun tak tentu masa. Tapi kami tetap enjoy sebab boleh jalan-jalan cari makan di area berbeza. Kalau tempat tu best, memang akan repeat banyak kali lah.
Ada satu tempat yang kami suka lepak bila berkunjung area Bangi adalah Cendol Ameen yang terletak kat Teras Jernang. Kalau korang pernah ke sini, pasti sudah dapat bayangkan macam mana sistem belian di kedai ni kan.
Selain makanan yang sedap, kedai comel ini mewujudkan sistem dalam pengurusan bisnesnya. Bisnes lokal, tapi standard fast food. Ha, macam tulah kekdahnya.
Kami sangat berbangga bila bisnes ini diuruskan dengan teratur dan berharap ia dapat berkembang dengan baik selepas ini. Yang pasti, kami akan repeat lagi nanti jika berkunjung ke sini.
Kisah 2
Ada satu tempat makan ni pulak memang famous juga sebab nasi lemak dan roti canai dia sangat best. Setiap hari ramai sangat yang beratur walaupun hari kerja. Kalau weekend tu fikir banyak kali juga lah nak pergi.
Makanan dah sedap, cuma servis lah pulak yang problem. Kadang-kadang cancel nak makan sini sebab fikirkan sistem pengurusannya yang berterabur.
Nama kedai ini biarlah rahsia. Apa kelemahan yang ketara kat sini adalah jika order roti canai, staf hanya tulis pada kertas tanpa nama org yang order. Jadi, keadaan ini boleh buat berlaku salah faham dan masalah lain. Banyak kali staf bergaduh sesama sendiri depan pelanggan.
Masa nak beratur pula, tiada arah yang jelas barisan bermula dari mana. Jadi, kalau ada yang tiba-tiba potong barisan, pekerja kaunter pun elok sahaja melayan dan langsung tak menegur. Habis yang beratur panjang ni pun dah naik geram dan hilang mood.
Bisnes ini boleh pergi jauh kerana ada USP yang agak strong, tapi sistemnya sangat kelaut. Jadi dah berpuluh tahun pun, tiada usaha untuk pemilik improve kan servis dan sistem pengurusan, maka tak berkembanglah ia.
Begitulah cerita tentang pentingnya uruskan bisnes kita secara bersistem. Walaupun sesuatu SOP itu nampak remeh saja, tapi ia sangat penting dan menjadi asas pengurusan yang berjaya. Kepala kita tak akan serabut dan stress dengan benda-benda yang remeh. Energy kita pula boleh digunakan untuk jana idea-idea baru yang lebih fresh.
Pemilik bisnes, kita berhak menikmati ketenangan hidup. Uruskanlah bisnes kita secara bersistem okay.
Boleh juga ikuti perkembangan terkini kami dalam menguruskan rumah sewa di: