Toilet Kucing Paling Best 2024

oleh Fida Jaafar
Toilet Kucing Paling Best 2024. Tuxedo cat on a working table.

Toilet kucing paling best tahun 2024 jatuh kepada..

Siapa tak geram dengan si bulus gebu yang setia menunggu kita pulang dari kerja kan? Sudah menjadi trend sekarang kebanyakan rumah, landed mahupun apartment/condo adopt si bulus sebagai penceria suasana. Tapi, nak bela bulus bukan suatu yang mudah, kena ambil kira setiap aspek kebajikan terutamanya tentang kebersihan. So, perkara paling penting adalah kat mana si bulus membuang? Sudahkah bibik sekalian menyediakan toilet kucing paling best untuk majikan anda?

Pengalaman bela 2 ekor bulus indoor.

Sebelum decide nak adopt 2 bulus kami ni, pelbagai aspek dah kami fikirkan, lebih-lebih lagi tentang keluasan rumah. Dalam berkira-kira tu, tiba-tiba datang offer dari seorang pakcik dari Melaka. Beliau nak lepaskan seekor anak kucing usia 4 bulan sebab keadaan kesihatan pakcik tu kurang baik. Sekejap-sekejap keluar masuk hospital.

Pertama kali tengok gambar kitten tu, hati dah terpaut sebab nampak comel dan nakal. Kami ke Melaka balik hari semata-mata nak ambik si Belle ni. Kami namakan dia Lulu tapi alih-alih nama manja jadi Belle.Hahah. Memang membesar dengan nakal dan banyak kerenah luar jangkaan. Tapi kami bukan hanya dapat Belle, dapat sekali adik susuannya yang kami namakan Lily. Tak dapat nak cerita lanjut kat sini, nanti kesudah tak habis.

Bila ada 2 ekor bulus, rumah kena sentiasa vacuum pagi petang untuk elakkan bulu banyak berterbangan. Selain tu, rumah juga jadi berbau kalau tak uruskan tempat poo mereka dengan baik. Kami dah pernah cuba beberapa jenis toilet, termasuklah yang semi auto dan bertutup. Namun, bau poo mereka masih lagi mengganggu. Lagi satu, toilet yang jenis bertutup ni leceh bila nak bersihkan setiap kali nak tukar tofu baru.

Si Belle ni pulak jenis saiz besar, (mix apa tak taulah) jadi kalau dia nak poo dalam toilet yang bertutup, dia jadi tak senang duduk dan sangkut kat penutup litter tu. Kadang sebab ni lah poo dia jadi bersepah dan melambakkan lagi burden kat bibik-bibik kat rumah ni.

Satu lagi, toilet bertutup jugak bagi stress kat bibik nak membongkok-bongkok bersihkan poo bulus ni 2 sesi setiap hari. 

tofu : jenis litter kucing yang boleh flush dalam toilet bowl.

Baca juga: Ampaian Yang Bagus untuk Rumah Condo. No.5 Adalah Kegemaran Super Mama

Banyak buat study dan survey toilet yang senang maintain.

Demi Belle dan Lily kesayangan kami ni, macam-macam usaha nak selesaikan masalah toilet berbau budak 2 ekor ni. Makanya, kami jumpa satu jenis toilet yang best.

Apa yang mengujakan adalah toilet ni open tau. Tak ada tertutup macam toilet sebelum ni. Awal-awal tu agak skeptikal la jugak betul ka yang jenis open ni tak berbau? Bila dah try…ha iyalah. Rasa wow sekejap.

Paling best kalau nak bersihkan, tak perlu pakai sabun atau apa-apa chemical tetap boleh bersih dan hilang semua bau. Amat disarankan agar tak berus permukaan toilet ni sebab akan calar dan bagi ruang kat bakteria membiak dan menyebabkan bau busuk.

Ha, cuma pakai air simbah-simbah dan keringkan sajalah. Kan mudah tu. Life ni simple buat apa nak susahkan. Selepas guna toilet jenis macam ni, bukan main senang hati lagi bibik-bibik sekalian cuci toilet ni setiap bulan. Tak perlu nak bergaduh macam dulu lagi dah.

Setiap kali masuk rumah, tak ada bau kuat macam dulu lagi dah. Si Belle pun boleh membuang dengan tenang sebab kepala dah tak sangkut dengan penutup litter seperti yang sebelumnya.

Kalau rasa nak riki toilet kucing paling best ni boleh la klik sini: 

Toilet Kucing Paling Best 2024

two cats laying on floor

Tinggalkan Komen

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.