Senang Jer Urus Rumah Sewa?

oleh Fida Jaafar
Senang Jer Urus Rumah Sewa?Peanuts

Senang jer urus rumah sewa. Kalau busy sangat, boleh buat part time je. Betul ke?

Senang jer urus rumah sewa ni. Macam makan kacang! Betul, makan dengan hati-hati supaya tak tertelan kulitnya. Kalau tercekik kulit tu dari yang senang akan jadi susah yang amat.

Senang jer urus rumah sewa. Betul ke?

Jawapannya betul dan salah. Betul jika kita sudah pandai menguruskan rumah sewa dengan teratur, ada SOP dan sistem yang hanya perlu dipantau sekali sekala.

Betul jika kita sudah punyai team yang bagus dalam menguruskan setiap fasa proses seperti setup rumah sewa, mengiklankan, menyantuni bakal penyewa, menjawab pelbagai aduan, melakukan maintenance jika ada kerja baikpulih yang harus dilakukan, menguruskan keluar masuk penyewa yang bertukar-tukar dan menguruskan emosi sendiri jika rumah sewa tiba-tiba sendu tanpa penyewa.

Baca juga: Rumah Sewa Dulu Meriah Kini Sendu. Ketahui 3 Punca

Untuk mempunyai team yang bagus dan support yang berterusan ini bukan lah hanya dalam masa satu malam. Usahanya adalah bertahun-tahun dan walaupun sesekali down tetap bangkit semula, jalan terus.

Jadi apa yang salah?

Apa yang salah adalah mindset mahukan kejayaan tu datang berguling-guling dengan cepat. 

Ramai berbangga sebab dapat beli rumah. Makin bangga jika ada banyak rumah. Sedangkan apabila sahaja kunci rumah berpindah tangan, cabaran sebenar baharu saja bermula. 

Bila dimomokkan senang je urus rumah sewa, jawapan kedua adalah salah. Boleh ke deal dengan masalah berikut?:

1. Setup rumah sewa

Sebelum setup sesebuah rumah sewa, kita mestilah beli rumah pelaburan yang betul. Kat part ni kalau salah beli rumah, maka salah lah semua flow. Susah nak betulkan semula.

Lepas dah beli, nak fikirkan tentang macam mana nak setup. Ia melibatkan modal, bukan sedikit ya. Jika salah setup pula, banyak pembaziran modal akan berlaku.

Kami memilih untuk provide fully furnished, jadi sudah tentu ada risiko tersendiri. Kami sudah merasa pelbagai onak dan duri dan sekarang, setiap kali setup rumah sewa, kami semakin matang buat keputusan apa yang perlu dan tidak perlu disediakan di rumah sewa. 

Ia mengambil masa bertahun-tahun jatuh bangun sebelum boleh jadi mahir. Jadi jika ada yang cakap senang je urus rumah sewa. Cakaplah balik, cuba buat nak tengok.

2. Menguruskan keluar masuk penyewa

Penyewa bukan selamanya akan tinggal di rumah sewa kita. Ada fasa-fasa penyewa kita keluar masuk dengan kerap (bergantung pada tempoh perjanjian sewa). 

Ketidaktentuan ekonomi juga boleh menyebabkan penyewa tak kekal lama kerana sering bertukar-tukar tempat kerja. Jadi, kita juga akan terkena tempias kerana flow akan kembali berulang. Kita kena mula iklan semula, bersihkan rumah dan baikpulih, dan proses viewing beberapa kali sebelum penyewa baharu masuk.

Ini semua melibatkan kos wang ringgit,kos masa dan kos tenaga. Hanya yang boleh je boleh buat. Yang tak boleh, akan cepat give up.

3. Menyelesaikan aduan dengan pantas

Ini pula melibatkan karenah penyewa dan juga keadaan rumah kita sendiri. Aduan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Ada antara penyewa yang buat aduan sebab jiran alihkan tong sampah. Hanya kerana itu kehidupan tuan rumah rasa tak selesa, sepertinya jadi kaunter aduan, setiap masa nak kena stanby.

Ada pula penyewa yang selalu tertinggal kunci dan request kunci pendua. Jadi, kehidupan tuan rumah sudah jadi macam warden asrama, kena stanby supaya dapat bagi servis terbaik untuk penyewa.

Jadi yang cakap senang je urus rumah sewa, part time pun boleh. Cuba buat nak tengok tunggang langgang tak aktiviti harian korang.

4. Team maintenance yang bagus untuk kerja baikpulih

Nak dapat trusted team untuk buat baikpulih rumah sewa ni bukan senang. Bertahun-tahun baru boleh ngam. Yang selalu sangat jumpa bulan ni ok, bulan depan dah hilang entah kemana.

Bila aduan melibatkan kerosakan dan baikpulih, kita kena buat segera sebagai tanda ambil berat pada penyewa. Jika team tak ada, kita sendiri kena turun selesaikan itupun kalau pandai lah.

Jadi, perkara sebegini akan buat kita huru hara jika aduan datang pada masa kita sibuk dengan urusan harian. Semuanya jadi serabut.

5. Urus emosi jika rumah kosong dan cashflow bleeding

Ok part ni paling sukar jika kita bela rumah kosong yang susah nak dapat penyewa. Kadang fikir nak penuhkan jer sampai turunkan harga sewa kaw2 tapi kesannya, cashflow jadi negatif atau bleeding.

Kita berada dalam industri ini untuk dapatkan pasif income, tapi kalau akhirnya kita kena topup balik sebab bleeding, maka ianya jadi pelaburan yang tak berbaloi.

Harga rumah mungkin boleh naik, tapi berapa lama kita nak hadap? Apa yang perlu kita fikirkan adalah pada masa sekarang, bukan masa depan yang entah apa akan berlaku.

Jadi betul ke salah orang kata senang je urus rumah sewa? Nak bermula tu tiada masalah, pastikan mindset dah di groom dengan betul. Ceritanya bukan indah-indah sahaja, yang tak indah itu pun banyak dan pastinya bakal menjadi lopak-lopak yang korang akan lalui.

Ikuti juga perkongsian kami dalam  menguruskan rumah sewa di:

FB Bijak Urus Rumah Sewa

Tinggalkan Komen

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.