Pernah tak korang alami situasi rumah sewa dulu meriah kini sendu? Dulu berebut orang tanya bila iklan tapi sekarang krik krik? Rumah sewa dulu meriah kini sendu. Ketahui 3 punca.
Nak sewakan hartanah ni kena ada skil, bukan boleh main agak-agak. Bila dah dalam bidang ni, cabarannya tu berterusan. Dulu lain, sekarang lain, kedepan hari akan jadi lain pulak. Skil nak kena polish seiring dengan masa. Sebab tu boleh berlaku kes rumah sewa dulu meriah kini sendu.
Skil ni pun bukan boleh belajar sehari dua, nak kena hadap dari pengalaman sendiri juga. Tapi kalau nak cepat belajar, banyakkan membaca dan bertanya orang yang sudah lalui bidang ni.
Dari pengalaman sendiri, kami pernah lalui situasi rumah sewa dulu meriah kini sendu. Tapi kami tak adalah kecewa sangat sebab dah terbiasa dengan sepakan padu dunia hartanah. Investment ni kena jaga emosi. Kalau terlalu tersakiti je sepanjang masa, apa pun tak jalan. Kena fikir cari peluang lain dari meratapi kelemahan yang ada.
Rumah sewa dulu meriah kini sendu. Ketahui 3 punca:
1. Kenaikan sewa yang agak tinggi.
Sebagai tuan rumah, pastinya kita rasa nak naikkan sewa setelah bertahun kita offer harga yang sama. Naikkan harga itu tak salah, boleh saja dibuat asalkan ada value tambahan yang kita tawarkan kepada penyewa.
Tetapi, kadar kenaikan mestilah bersesuaian lebih-lebih lagi dalam ekonomi sekarang yang makin mendesak setiap orang untuk lebih berjimat. Kalau nak penyewa meneruskan sewa dengan kadar baharu, hendaklah discuss sebaik mungkin harga sewa baharu yang wajar ditetapkan.
Perkara ini sebenarnya sangat sensitif. Salah cakap, salah offer hilanglah penyewa. Jadi apa nak buat? Survey kadar sewa area sekitar yang menawarkan value berkadaran dengan apa yang kita tawarkan. Jika tak terlalu tinggi beza harganya, bolehlah guna kadar tersebut.
Masa ni tuan rumah tidak boleh syok sendiri. Persetujuan perlu untuk kedua pihak dan perjanjian sewa perlu diperbaharui dengan kadar sewaan baharu.
Baca juga: Terfikir Nak Naikkan Sewa Rumah? Rujuk 3 Tips Awesome ini
2. Keadaan fasiliti rumah yang semakin uzur.
Jeling-jeling la jugak keadaan dalam rumah kita, terutama unit yang dah agak tua. Kadang-kadang tuan rumah nak senang, bertahun tak pernah datang pantau keadaan rumah. Dulu masa rumah virgin lagi memanglah dia cantik bergetah. Bila dah semakin dimakan masa, sudah pasti ada kerosakan berlaku.
Sebab tu kena ambil tahu keadaan unit kita. Jika sudah sampai masa untuk refurbish, kena buatlah. Maintenance kena jaga supaya penyewa kita rasa selesa dan rasa ada orang ambil berat tentang keselesaan mereka.
Kekalkan rumah dalam keadaan menarik, buat spring cleaning berkala. Kalau kita jaga sebaiknya, pasti rezeki untuk orang baik-baik datang menyewa dengan kita. Tidak akan berlaku lah rumah sewa dulu meriah kini sendu.
Baca juga: 2 Realiti Jadi Tuan Rumah Sewa Super Power
3. Wujud persaingan yang uncontrol.
Soal rezeki ni memanglah dari Tuhan. Tetapi kita kena faham juga keadaan semasa di sekeliling kita. Banyak tak projek-projek baru muncul? Dahla banyak projek baharu, setiap projek pulak jenis high density. Satu blok dah ratus-ratus. Ada pulak 3-4 blok setiap satu projeknya. Kiralah berapa unit baru yang akan bersaing.
Lebih malang jika sudah terlalu banyak supply, pemain nya memilih untuk buang harga untuk selamatkan kebocoran masing-masing. Benar harga itu subjektif dan hak tuan rumah, tetapi hakikat inilah antara penyebab rumah sewa dulu meriah kini sendu. Kita bersaing dengan unit-unit baharu dengan fasiliti yang lebih baik dengan kadar sewaan tak masuk akal. Kalau kami jadi tenant pun kami akan rebut peluang tersebut.
Yang untungnya penyewa. Bagi tuan rumah yang buang harga, kalau rumah masih ada hutang (melainkan investor yang beli cash) akan mendapat penat berpanjangan menghadap game untuk tempoh masa panjang. Mana taknya, yang dapat tu kadang tak dapat cover duit loan bank pun. Kena topup bank satu hal, kena hadap ragam penyewa satu hal, kena keluar modal lagi untuk maintenance. Lama-lama akan give up. Begitulah kitarannya.
Persaingan ini memang kita tak dapat control. Apa kita boleh buat, tengok balik 2 poin di atas. Yang masih ada penyewa, jaga sebaiknya. Kita bagi value. Kita mudahkan urusan mereka.
Begitulah sedikit sebanyak tentang punca rumah sewa dulu meriah kini sendu. Apapun, kita cuba usahakan perbaiki jika kelemahan adalah dari pihak pengurusan kita sendiri. Selainnya, adalah tawakal kepada yang Maha Pemberi rezeki.
Boleh juga ikuti kami di FB Bijak Urus Rumah Sewa