Saya setuju menyewa rumah encik, tapi saya nak bela pet di rumah sewa. Boleh ke?
Seronok kan jika boleh bawak pet kesayangan kita mengekor je ke mana-mana, waima tinggal bersama di rumah sewa. Tapi ada ke tuan rumah benarkan? Ia bergantung kepada budi bicara, apa yang tertulis dalam perjanjian rumah sewa. Sebaiknya, jika nak bela pet di rumah sewa kena berterus terang dan minta kebenaran tuan empunya rumah dahulu.
1. Kenapa pet not allowed?
Dari pengalaman kami sendiri, memang kami dah siap-siap bagitau yang pet not allowed untuk rumah jenis strata/apartment/condo. Sebab apa, ia berkait dengan kebersihan dan kacau ganggu yang boleh terjadi kepada orang sekeliling seperti housemates dan jiran tetangga.
Ada juga penyewa yang tanya nak bela kucing, dan kami nasihatkan supaya tidak teruskan kerana faktor-faktor di atas.
Nak bela pet di rumah sewa ni juga kena tengok jenis-jenis pet juga lah. Bukan kucing je yang ada di negara kita ni kan. Zaman sekarang macam-macam pet pelik orang kita suka bela. Buatnya penyewa kau bela pet tapi petnya ular sawa, tak ke terkujat dan membawa stress jika ada jiran-jiran ternampak.
Jadi, untuk kebaikan bersama prinsip kami memang pet not allowed di rumah sewa.
Baca juga: 3 Kisah Jenayah Yang Pernah Berlaku di Rumah Sewa Kami
2. Bagaimana nak cegah penyewa bawa pet?
Selain menulis awal-awal term dalam perjanjian sewa, kami juga buat poster peringatan tentang do and dont kat rumah sewa ni. Salah satunya poster tentang pet.
Nak bela juga boleh, tunggulah masa kau duduk rumah sendiri. Nak bela harimau sekali pun boleh.
Kami rajin juga buat spot check dan risik-risik dengan housemates jika ada kes yang ganggu ketenteraman. Setakat ini tiada isu yang bawa pet. Kalau suka kucing sekalipun mereka akan bagi makan kucing jalanan kat luar. Bagus budak-budak muda ni ya. Hati baik, berbunga-bunga.
Jika terkantoi bawa pet, maka akan jadilah sedikit drama macam kisah nombor 3 di bawah ni.
3. Kisah oyen bernama Loki
Suatu hari tu, kami buat spot check ke rumah sewa sebab nak tengok keadaan rumah bersih atau tidak.
Buka sahaja pintu, terkejut kami sebab nampak si oyen gebu dalam rumah. Jinak dan manja sahaja mengekor ke mana kami melangkah. Oyen ni namanya Loki.
Jadi bersoal siasat lah kami dengan penyewa kenapa dia nak bela pet di rumah sewa ni, tak boleh hidup ke tanpa si Loki?
Korek punya korek, dia cerita yang dia alami masalah kesihatan sampai alami depression yang agak teruk. Dia jumpa Loki ni tepi jalan sahaja dan mula bela pet di rumah sewa. Jujurnya, tanpa izin kami.
Tapi sejak Loki ada, dia jadi semakin sihat dan semangat semula. Kami pun termenung berfikir macam mana nak selesaikan perkara ini. Dari kecomelan Loki sehingga kebersihan rumah, nampaknya tiada masalah.
Kemudian kami check juga dengan housemates lain mereka okay ke tidak dengan kehadiran Loki ni. Jawab mereka, tiada terganggu dan okay sahaja.
Kes Loki ini agak terpencil untuk kami. Kami gunakan budi bicara kerana penyewa ini tak pernah buat hal malah menjaga rumah kami dengan baik selama ini.
Sampai kan, satu masa tu dia tak jadi berpindah keluar untuk bertukar kerja di tempat lain sebab masih mahu tinggal dengan Loki.
Okay, begitulah ceritanya. Kami ni pun manusia biasa. Masih ada budi bicara yang boleh dipertimbangkan.
Nak bela pet di rumah sewa ni nampak macam benda remeh dan mudah, tapi sekali kau buat baru tahu yang maintenance pet tu boleh jadi lebih tinggi dari tuannya.
Ikuti juga perkongsian kami tentang menguruskan rumah sewa di :