Kaya paling highclass adalah kaya kesihatan. Ramai nak capai kekayaan ni tapi tewas kerana kelemahan mindset.
Dalam banyak jenis kekayaan, kaya paling high class adalah kaya kesihatan. Tidak kira berapa banyak kekayaan wang ringgit, boleh habis sekelip mata jika kesihatan kita jatuh ke titik paling rendah. Hilang segala motivasi kehidupan, rasa down dan hambar dalam meneruskan hidup jika kita mengabaikan aspek kesihatan.
Kaya kesihatan juga bermula dengan kaya mindset. Sangat senang nak mulakan, tapi agak sukar untuk konsisten makan dengan sihat, buat aktiviti sihat secara berkala. Sebab tu dah berbulan diet, berhenti untuk cheat day sekejap, tapi sudahnya tak dapat nak kembali semula kepada rutin sihat.
Baca juga: 5 Formula Turun Berat Gerenti Menjadi
Mindset pula kadang on track, kadang terbebas tak jumpa jalan pulang. Sudah berkali-kali tulis matlamat tapi masih tidak dapat patuh dan konsisten. Bagaimana boleh gagal berulang kali? Mungkin beberapa faktor ini boleh menjadi asbabnya:
1. Diet yang terlalu ketat
Kalau jenguk ke media sosial, ramai betul yang share macam mana mereka diet sampai turun berkilo-kilo dalam masa sebulan. Ada yang suggest guna produk, ada yang suruh elakkan gula, ada yang bagi bebrapa jenis diet dan ada pula yang suruh kira kalori.
Apa sahaja yang kita buat sebenarnya bergantung kepada keadaan diri kita. Kesesuaian diet berbeza ke atas setiap individu kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi seperti sokongan, kemudahan dan keadaan kewangan.
Hanya diri kita sahaja yang memahami keadaan kita. Jadi lakukan diet mengikut keperluan kita. Diet yang ketat hanya akan menjadikan emosi kita tak tenteram. Macam mana nak sihat dengan konsisten. Hanya kita sahaja yang tahu level diet tersebut sesuai dengan kita atau tidak.
Jadi, rangkakan plan diet ikut keadaan kita. Nak sihat kena enjoy. Betulkan mindset dulu. Senaraikan apa makanan sihat yang buat kita enjoy.
2. Target terlalu besar.
Bagaimana kita boleh menternak lemak-lemak di badan selama ini? Pasti mengambil masa berbulan atau bertahun-tahun kan? Sama lah juga jika kita mahu singkirkan lemak-lemak di badan kita. Sudah pasti ambil masa juga. Ia disebut sebagai proses. Setiap benda melalui proses.
Semasa kita menetapkan sasaran tempoh berat ideal yang perlu dicapai, fikirkanlah tentang proses ini. Jangan terlalu letakkan harapan yang over sehingga badan tidak mampu mencapai. Target untuk turun 5 kg dalam sebulan contohnya. Kalau capai sekali pun, banyak mudarat dari sihat.
Pressure untuk dapat turunkan berat akan mempengaruhi emosi juga. Sudahnya kita stress dan kembali kepada rutin asal. Macam mana nak capai kekayaan paling highclass?
Semua orang akui kekayaan paling highclass adalah kaya kesihatan. Kerana bila kita sihat dari segi emosi, rohani dan fizikal kita dapat menyerlahkan potensi diri dengan lebih baik lagi.
Kekayaan ini boleh dicapai oleh sesiapa sahaja, kerana kita melawan keinginan diri sendiri dari melakukan habit yang tidak sihat.
3. Tidak beri masa secukupnya pada diri sendiri.
Manusia sinonim berkorban untuk orang lain kerana jika kita lebih kan diri sendiri, orang lain akan anggap kita selfish. Ini stigma biasa dalam masyarakat yang harus diperbetulkan. Sayang diri, fokus pada diri, dahulukan diri kita supaya kita dapat memberi kepada orang lain dengan lebih banyak.
Beza tau kalau kita selfish, kita langsung tak kisah pada orang lain. Tapi jika kita seorang yang faham tentang kepentingan menghargai diri sendiri, then kita akan juga menghargai orang sekeliling dengan lebih baik lagi.
Contoh, luangkan masa untuk diri kita rasa relax atau orang zaman sekarang panggil healing. Nak healing macam mana, terpulang lah pada individu.
Cerita tentang healing ni, kami selalu ambik masa untuk healing bersama dan satu tempat yang boleh ngam untuk pergi bersama adalah massage centre. Okay, ini maksudnya tempat healing geng-geng umur dah makin menaik ya.
Tapi tempat yang kami pergi ni special sangat sebab massage dibuat oleh OKU penglihatan, atau adik-adik yang buta. Kagum betul dengan usaha pihak ini mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka. Dan lagi kagum cara urutan mereka sangat best, sampai boleh terlena lah.
Kami ambil pakej urut kaki saja selama satu jam. Dan bayaran hanyalah RM45. Dia punya effect tu rasa ringan je dan banyak ler angin dalam badan kena halau keluar. Ha, rasanya bolehla healing ni diteruskan setiap bulan secara berkala.
Hormon gumbira pun telah dirembeskan sebab kaki dah tak sakit bila nak berpijak. Esoknya bangun pagi rasa energetic dan banyak idea berdentam dentum berebut nak keluar dari kepala ni. Seronok rupanya healing cara ni..bagi masa pada diri untuk pulih.
Jadi kalau sesiapa nak healing cara kami, boleh la berkunjung ke pusat urutan orang buta ini. Kami hanya share pengalaman secara ikhlas. Semoga mereka akan memberi perkhidmatan yang terbaik setiap masa.
Ternyata kaya paling highclass adalah kaya kesihatan.
Ikuti juga perkongsian di FB: