Kalau Paip Rumah Sewa Bocor Siapa Kena Bayar Kos Repair?

oleh Fida Jaafar
Kalau Paip Rumah Sewa Bocor Siapa Kena Bayar Kos Repair? question mark

Kalau paip rumah sewa bocor siapa yang nak kena bayar kos repair? Tuan rumah atau penyewa?

Selalu sangat dapat pertanyaan tentang kos-kos yang muncul dalam menguruskan rumah sewa. Satu soalan yang top ialah kalau paip rumah sewa bocor siapa kena bayar kos repair?

Perkara sebegini sepatutnya di beri pencerahan oleh tuan rumah kepada penyewa pada awal-awal penyewa nak masuk menyewa. Jadi tak akan ada isu resah gelisah penyewa tak tahu nak rujuk siapa.

Jika tuan rumah menguruskan rumah sewa secara bersistem, ada SOP dan ada perjanjian sewa, pasti penyewa sudah jelas kerana ada term dalam perjanjian sewa yang menyatakan kerosakan major sebegini adalah di bawah tanggungjawab tuan rumah.

Baca juga: Uruskan Bisnes Kita Secara Bersistem

Berapa kos repair paip rumah sewa bocor?

Kos untuk perbaiki paip rumah sewa bocor ni bergantung pada keadaan kerosakan. Ada juga boleh mencecah ribuan ringgit. Huh, jadi siapa cakap nak jadi tuan rumah ni senang? Banyak ugly truth disebalik tabir, hanya pengusaha rumah sewa sahaj yang tahu.

Untuk kisah sebenar kami, ada beberapa espisod kebocoran paip yang dialami oleh rumah sewa dan kos nya bukan kaleng-kaleng. Apa boleh buat, itulah risiko yang kami kena hadap.

Kes 1, benda ni berlaku beberapa tahun lepas sebelum PKP. Paip bocor dalam dinding dan menyebabkan dinding jadi berkulat kerana keadaan yang lembab. Kalau tengok dinding tu rasa takut, apatah lagi nak plug in apa-apa barangan elektrik.

Oleh sebab takut ianya membahayakan penyewa, kami ambil keputusan untuk buat water proofing yang makan ribuan ringgit. Tapi disebabkan kita menjaga kebajikan penyewa, mereka juga menjaga rumah dengan begitu baik sekali. Ini rumah bujang, tapi setiap bulan akan ada cleaner yang datang cuci rumah dan semuanya penyewa yang bayar.

Kes 2, paip berkarat dan air hampir tak keluar. Kes ini memang menunjukkan bahawa masih ada orang yang tersangat sabar dalam dunia ni, iaitu penyewa kami. 

Walaupun air keluar slow segan-segan, dia masih rileks dan langsung tak buat report kat kami. Sampai satu masa, air kecik sangat dan berkarat. Tak boleh tahan dah, dia bagitahu nak masak dan mandi susah. Terus kami hantar team maintenance untuk check dan repair. Rupanya memang karat terlalu tebal sebab dah lama tak bersihkan aliran paip yang semakin uzur.

Terbang juga hampir RM2k kerana karat paip ini. Jadi hal-hal major begini sebenarnya di bawah tanggungjawab tuan rumah. Perkara ini juga wajib ada disebut dalam perjanjian rumah sewa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Kenapa perlu maintenance team yang cekap untuk repair paip rumah sewa bocor?

Benda ni sangat penting untuk semua tuan rumah sewa ambil perhatian. Kalau paip rumah sewa bocor, sebaiknya cari plumber atau maintenance team yang memang arif dan biasa selesaikan kes macam ni. 

Bukan apa, kami pernah juga terpaksa keluarkan kos berganda sebab plumber yang buat kerja tak dapat nak selesaikan masalah ni. Maksudnya, masalah ini akan berulang selepas beberapa bulan.

Nasihat kami, kalau perlu membayar sedikit mahal ke atas sesuatu servis professional plumber, tak perlulah berkira kerana itu memang kepakaran mereka. Setiap advise yang mereka beri itu datang dari pengalaman bertahun-tahun menyelesaikan masalah yang berkenaan. Pendek kata, dah banyak case study yang mereka hadap.

Jangan kerana nak berjimat kos repair paip rumah sewa bocor kita tangkap muat sahaja sesiapa yang kononnya boleh repair tapi membawa banyak masalah di kemudian hari.

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh kami kongsikan dari pengalaman sendiri. Jadi tuan rumah bukan senang, tapi usahakanlah jadi tuan rumah yang bertanggungjawab.

Baca juga: 2 Realiti Jadi Tuan Rumah Sewa Super Power

Ikuti juga perkongsian kami tentang pengurusan rumah sewa di :

FB Bijak Urus Rumah Sewa

Tinggalkan Komen

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.