Fokuskan Untuk Jadi Lebih Fokus. 3 Cara Proven Wajib Buat

oleh Fida Jaafar
Fokuskan Untuk Jadi Lebih Fokus. 3 Cara Proven Wajib Buat. A red arrow pointed to round item.

Fokuskan untuk jadi lebih fokus, bukan benda mudah tapi sekali dah jadi habit ia akan lahirkan 'new me' yang lebih produktif.

Nak fokus bukan benda mudah. Kita boleh tergelincir bila-bila masa saja sebab sekarang banyak faktor yang melalaikan. Contohnya penggunaan media sosial secara tak terkawal. Leka punya pasal, satu kerja pun tak jalan. Ajom lah kita fokuskan untuk jadi lebih fokus.

3 cara berikut adalah idea untuk merealisasikan tagline fokuskan untuk jadi lebih fokus. Wajib buat kalau nak nampak hasil. Proven pada yang telah mengamalkannya.

1. Buat list things to do. Tak kisahlah tulis kat kertas atau notepad di smart phone.

Ada orang suka tulis kat kertas, ada sesetengah yang lain pula senang tulis kat notepad di smart phone. Mana-mana pun boleh asalkan kita TULIS. Kalau berkecamuk dalam kepala memang susah sebab manusia mudah lupa.

Tujuan tulis ni juga untuk bolehkan kita susun balik di mana task yang paling utama kita letak kat atas untuk diselesaikan dahulu. Maksud utama tu bergantung kat diri sendiri lah, boleh jadi paling senang nak buat, atau paling cepat nak kena submit.

Lepas berjaya buat tu, potong atau pangkahlah task tu. Bila nampak kerja-kerja dah selesai, kita jadi lebih happy dan bersemangat nak selesaikan yang lain-lain dalam list tu.

List things to do ni nak kena buat sebaiknya malam hari sebelum kita tidur. Kalau pagi tu baru nak list risau kita kelam kabut, dan terpesong buka media sosial sampai ke sudah. Biasakan buat list sebagai rutin harian. Cara ini akan buat kita jadi lebih fokus selesaikan kerja. Say no to sikap bertangguh.

2. Buat teknik had masa atau nama glamournya Pomodoro.

Ini bukan bahasa Jawa. Tapi teknik ni dah digunakan serata dunia dan sangat berkesan untuk jadi lebih fokus. 

Kalau boleh sediakan timer untuk buat kita alert dengan masa yang diperuntukkan. Kalau malas nak keluar bajet, pakai je alarm kat smart phone tu pun tak jadi hal. Asalkan jangan hanyut terus dengan smart phone tu. 

Caranya, kita boleh setkan 1 jam untuk siapkan satu tugasan. Dalam masa 1 jam tu, kita hanya fokus tanpa buat benda lain. Berapa jam nak set tu bergantung pada task jugalah. Tapi jangan terlalu lama nanti kita rasa penat dan terbabas pergi main media sosial. 

Jika letakkan tempoh 1 jam, berilah ruang rehat selama 5 minit untuk minum atau menggeliat sekejap. Tak boleh mengelat lebih-lebih, nanti tak jadi. Kalau tugasan dah siap sebelum masa 1 jam tamat, bonuslah tu. Boleh setkan masa untuk tugasan seterusnya pula.

3. Limitkan masa dengan media sosial. Buat rules pada diri tengok media sosial hanya 2 jam sehari (melainkan urusan kerja yang melibatkan media sosial).

2 jam sehari tu hanya contoh. Bergantunglah pada diri sendiri. Kalau boleh buat 1 jam sehari, lagi baik. Kalau off terus itu terpaling baik.

Banyak masa kita tertumpu pada mencari apa berlaku di media sosial. Kita jadi terlalai kerana ada bermacam cerita dunia tipu-tipu dalam tu, pelbagai konten dan lama-lama jadi addicted. Kalau tak tengok tak boleh.

Cara yang paling agresif adalah off kan terus selama seminggu dan fokus task yang kita nak selesaikan melalui cara 1 dan 2 di atas. Cuba lah buat sekali dan tengok apa hasilnya.

Baca juga: 3 Kunci Sukses Kena Jadi Pengurus Yang Powerful

Selepas buat 3 teknik ni dengan konsisten, diulang, dengan konsisten pasti akan nampak improvement dalam cara kerja kita.

Tidak kisahlah kerja kita sebagai apa, suri rumah ke, ejen hartanah ke, freelancer ke, kerja ofis ke, sama je objektifnya iaitu untuk jadi lebih fokus. Cuba buat okay.

Baca juga: Ampaian Yang Bagus untuk Rumah Condo. No.5 Adalah Kegemaran Super Mama

Untuk perkongsian motivasi dan perjalanan menguruskan rumah sewa, boleh ikuti FB di bawah:

FB Wanita Wajib Kaya

FB Bijak Urus Rumah Sewa

Tinggalkan Komen

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.