Bestnya time freedom bersama family tersayang. Lebih matang kehidupan kita, lebih banyak fokus kita terhadap quality time bersama insan tersayang.
Kalau diberi pilihan dalam kehidupan ini, semua manusia akan meletakkan time freedom sebagai perkara teratas yang mahu dimiliki. Bestnya time freedom bersama family tak kira bila kita mahu, kita boleh menikmatinya.
Sewaktu kecil, kita selalu mengharapkan perhatian dari kedua ibubapa. Anak-anak sekecil 1-4 tahun memberi signal kepada ibubapa dengan menangis dan tantrum untuk mendapatkan perhatian. Semakin anak membesar, semakin wujud gap tentang quality time dengan anak-anak. Begitulah apabila anak tadi meningkat dewasa dan mempunyai anak sendiri pula.
Proses ini berulang dan kita yang dewasa ini tenggelam dengan komitmen harian yang tiada berpenghujung. Lama-lama kita tersedar ibubapa kita telah berusia, ada yang diuji dengan penyakit, ada yang telah pergi awal tanpa kita berasa puas untuk berbakti.
Apabila menjadi ibubapa baharulah kita sedar dalam kehidupan ini rasa bestnya time freedom bersama family. Itu makna paling besar untuk kita nikmati dalam kehidupan. Jika kita punyai banyak wang tetapi tiada time freedom, tetap rasa nikmat meluang masa bersama family itu tersekat, tak kesampaian.
Baca juga: Nikmati Hidup Kita
Bestnya time freedom bersama family sebab rasa healing dan recharged.
Untuk kami, dapat keluar makan bersama family pada bila-bila masa yang kita nak itupun salah satu nikmat terbesar.
Kita bukan sahaja rasa healing dari segala kekusutan tetapi juga rasa recharged. Hidup ini pun bukan hanya tentang kerjaya, berjaya bukan diukur dengan kerjaya yang bagus semata-mata tetapi at the end kita tidak merasa nikmat sebenar sebagai manusia. Silaturrahim.
Manusia memang memerlukan each other. Sebab itu kita terdorong untuk rasa depress atau anxiety jika rasa diri keseorangan tanpa ada support dari orang lain.
Bagaimana nak dapat time freedom bersama family tersayang?
Banyak planning yang perlu di buat, terutama nya kena berkorban pada peringkat awal kehidupan. Semasa usia yang agak muda, rancanglah kewangan sebaik mungkin.
Kewangan ini adalah sebagai alat atau senjata untuk kita menikmati kemanisan dan bestnya time freedom bersama family pada masa hadapan.
Baca juga: 3 Contoh Delay Gratification Untuk Bawa Kita Ke Next Level
Apabila kita dapat mencipta pasif income yang boleh menampung keperluan hidup kita, maka kita tak perlu ‘menjadi terpaksa’ berkerja untuk selamanya. Kerja sudah menjadi pilihan. Maksudnya kita hanya berkerja kerana kita suka, bukan terpaksa untuk bayar bermacam komitmen hidup.
Jadi kita boleh merasai bestnya time freedom bersama family kita pada bila-bila masa tanpa terikat dengan bos atau peraturan kerja.
Rancanglah kewangan, fokus untuk menjana pasif incom, spend masa bersama family tercinta kerana masa tidak boleh diulang kembali.
Ikuti juga perkongsian kami tentang menguruskan rumah sewa di:
2 komen
Great article! I really appreciate the clear and detailed insights you’ve provided on this topic. It’s always refreshing to read content that breaks things down so well, making it easy for readers to grasp even complex ideas. I also found the practical tips you’ve shared to be very helpful. Looking forward to more informative posts like this! Keep up the good work!
I do not even know how I ended up here but I thought this post was great I do not know who you are but certainly youre going to a famous blogger if you are not already Cheers