Berapa buah rumah kau ada? Selalu sangat dapat soalan macam ni. Agaknya ramai akan impress dengan kuantiti. Tapi ramai tak nak tahu tentang kualiti. Tak salah pun bertanya, tapi ketahuilah banyak rumah bukan penentu kita ada good cash flow.
Sebenarnya kan, bukan isu berapa bilangan hartanah yang kita ada, tetapi berapa banyak hartanah yang dapat bagi positive cash flow pada kita setiap bulan. Jadi benarlah banyak rumah bukan penentu kita ada good cash flow. Kena tau rumah tu jadi liabiliti atau aset.
Baca juga: Cara Awesome Tukar Liabiliti Kepada Aset
Ramai juga yang terciduk dari plan asal. Matlamat beli rumah untuk dijadikan pelaburan atau aset yang jana income bulanan. Kesudahannya jadi liabiliti yang memberi kesan emosi sepanjang hayat.
Kat sini kami nak bagi contoh 2 situasi yang berlaku dari segi meraikan kuantiti atau memahami kualiti.
Situasi 1:
Hartanah 1 – kena topup Rm1000/bulan
Hartanah 2 – kena topup Rm300/bulan
Hartanah 3 – tak kena topup, tapi tak juga bagi profit
Hartanah 4 – dapat profit (+ve cashflow) Rm300/bulan
Loss (-ve cashflow) : Rm1300/bulan
Profit(+ve cashflow) : Rm300/bulan
Jumlah hartanah : 4 buah
Jumlah pulangan : loss Rm1000/bulan
.
.
Situasi 2:
Hartanah 1 : dapat profit (+ve cashflow) Rm500/bulan
Hartanah 2 : dapat profit (+ve cashflow) Rm300/bulan
Loss(-ve cashflow) : tiada
Profit(+ve cashflow) : Rm800/bulan
Jumlah hartanah : 2 buah
Jumlah pulangan : profit Rm800/bulan
So kami nak tanya, mana satu yang anda nak? Meraikan bilangan atau memahami kualiti?
Banyak bilangan hartanah tapi masih kena topup kat bank setiap bulan, atau sikit je hartanah tapi bawak profit setiap bulan? Sebab itulah banyak rumah bukan penentu kita ada good cash flow. Kalau kena cara, rumah sikit lebih berbaloi pendapatan yang diterima berbanding banyak rumah.
Jangan hitung dengan kuantiti, tapi fokus pada kualiti. Kalau ada satu rumah pelaburan, usahakanlah uruskan sebaik mungkin. Belajar bermula dari bawah. Kalau boleh uruskan sendiri semuanya sekali untuk permulaan. Barulah kita cepat faham process flow, perit jerih realiti sebenar.
Baca juga: 2 Realiti Jadi Tuan Rumah Sewa Super Power
Banyak kali kami berpesan, selesai sahaja pembelian sesebuah rumah ia bukan tanda aras kejayaan sebenar bahkan permulaan kepada sebuah realiti baru sahaja bermula.
Jadi jangan happy sangat dengan bilangan, disebalik tabir hakikat sebenar diri sendiri sahaja yang tahu. Bagi pelabur baharu yang mahu langkah walau sebelah kaki, banyakkan membaca dulu dari sumber yang sahih. Salah beli property, kesan sepanjang hayat perlu dihadap.
Baca juga: Sebelum Menjadi Pelabur, Saya Seorang Pembaca. Buat 4 Benda Magic Ini
Ada yang cakap pula, takpe kena topup kat bank nanti boleh dapat capital appreciation. Boleh jual rumah dan dapat profit darinya..Okay, tak dinafikan. Boleh teruskan idea ini jika punyai holding power yang lama.
Sebab apa, langit tak selalu cerah. Kalau ekonomi goyah macam sekarang? Cuba check market value rumah masing-masing. Naik berapa banyak? Kagum sangat kalau ada yang naik mencanak zaman pasca covid ni. Banyak harga turun adalah. Ambik masa untuk kembali pulih.
Jangan sampai terlelong pula, lebih parah selepas lelong pun masih kena topup kat bank beratus ribu..matilanak.
Maka, ambik lah nasihat tak seberapa dari kami ini. Jika mahu mula melabur, pilihlah hartanah yang memberi pulangan positif setiap bulan. Cuba satu dahulu, jangan tamak sebab nak nampak banyak rumah. Orang tak tau pun kita ada berapa rumah melainkan kau gantung kunci rumah jadi rantai leher. Ingat ya, banyak rumah bukan penentu kita ada good cash flow.
Apa yang penting adalah kualiti sesebuah rumah, dan adakah ia memberi pulangan positif kepada kita atau sebaliknya. Perbaiki satu dahulu, asah skil menguruskan penyewa dahulu, kemudian boleh berkembang sedikit demi sedikit.
Baca juga: 2014 Bermulanya Bijak Urus Rumah Sewa
Ikuti juga perkongsian di FB: