Ampaian Yang Bagus untuk Rumah Condo. No.5 Adalah Kegemaran Super Mama

oleh Fida Jaafar
Ampaian Yang Bagus untuk Rumah Condo. No.5 Adalah Kegemaran Super Mama. Two trousers hanging on a cloth hanger.

Ampaian Yang Bagus untuk Rumah Condo. No.5 Adalah Kegemaran Super Mama.

Pernah tak mencari ampaian yang bagus untuk rumah condo? Santai betul aktiviti mendobi jika ada gadjet yang boleh bantu cepatkan kerja kita kan, terutama mak-mak yang kerja dari rumah tanpa helper atau bibik. Jom kita riki ampaian yang bagus untuk rumah condo. Poin no. 5 adalah kegemaran super mama.

Sis hanya nak share pengalaman sendiri guna gadjet ni sebagai helper untuk mendobi, maklum lah rumah kita tak ada laman, jadi beginilah cara nak selesaikan segala kerunsingan berikut:

 

1. Baju terbang singgah rumah jiran.

Kes baju terbang singgah rumah jiran ni selalulah berlaku kalau kita duduk kat rumah cecah awan. Kadang nampak jiran post kat group rumah tu, mulalah rasa risau takut-takut baju tu kita yang punya, iyalah kalau boleh tak mahu lah kita menyusahkan jiran, segan pun ada nak menebus balik baju kita. Jadi, hati rasa tak tenang kalau kita mendobi boleh diubatkan dengan memilih ampaian yang sesuai dengan ruang rumah kita, mempunyai rekaan yang kukuh dan mampu tampung baju dari berterbangan menggangu jiran. Haa..sebab tu lah bertahun sis mencari ampaian yang bagus untuk rumah condo.

2. Baju basah balik asbab hujan.

Selain terbang melayang kerana angin kuat nak hujan, kita juga risau kalau baju yang dah basuh dan jemur tadi terkena hujan walaupun hujan turun manja-manja jer. Nak tak nak kena basuh balik, habis lah tenaga dan masa buat perkara sama berulang kali.  Jadi amat penting memilih ampaian yang boleh paling tidak mengurangkan risiko terkena tempias hujan. Inilah kepentingan menggunakan ampaian yang bagus untuk rumah condo.

3. Baju bau kepam sebab kurang space nak menjemur.

Satu lagi masalah sejagat bila mendobi adalah hasil nanti berbau kepam walaupun dah guna sabun wangi. Kepam ni boleh berlaku jika sesuatu ampaian tak mempunyai ruang yang cukup untuk menjarakkan pakaian yang dijemur, jadi baju akan lambat kering dan wujudlah bau kepam ni. Fungsi ampaian yang mampu sediakan banyak space, boleh dilaraskan sesuai dengan keperluan menjemur pakaian sudah pasti akan selesaikan masalah ini. Kat sini juga pentingnya ketelitian memilih ampaian yang bagus untuk rumah condo.

4. Terganggu nak menghadap view di balkoni.

Jika balkoni adalah satu-satunya tempat yang sangat sesuai untuk diletakkan ampaian, memang segala impian untuk ala-ala healing menghadap bukit di balkoni akan terjejas dengan teruknya. Mana nak letak kerusi estetik untuk mengopi sambil menghirup udara segar di balkoni jika ruang sudah dipenuhi dengan ampaian? Ha, inilah kelebihan menggunakan ampaian yang  bagus untuk rumah condo, boleh bergerak turun naik ikut keperluan kita. Nak guna suruh dia turun, nak healing suruh dia naik, tak langsung ganggu kita.

5. Helper kecik pun boleh guna dengan riang ria.

Bagi mama yang tiada bibik, apa kata kita guna helper yang dah sedia ada kat rumah.. Siapa lagi kalau bukan kiddos sendiri. Dalam masa sama, boleh train mereka untuk buat house chores sama-sama. Tentu mereka seronok dengan kecanggihan teknologi masa kini, ampaian yang bagus untuk rumah condo dan senang untuk sesiapa sahaja nak handle waima anak kecik pun boleh guna dengan jayanya. Mama sekalian pasti bahagia bila bersama-sama anak buat house chores.

Setelah bertahun mencari solusi ke atas semua kerunsingan, barulah sis jumpa gadjet mendobi yang paling best ni. Seronok sangat guna sampai terlajak rajin pula mendobi setiap hari. Hehe.

Gadjet yang sis maksudkan ini adalah ampaian yang boleh laras secara automatik. Kalau dulu-dulu yang banyak di pasaran adalah yang manual kan, kita kena pusing sendiri pakai tangan. Zaman teknologi makin canggih ni, keluar pula yang auto dan boleh control pakai remote je.

Yang paling berkenan sebab ruang balkoni rumah sis dah tak serabut dengan ampaian biasa, so dah tak menghalang view. Kain kat ampaian pun tak ada risiko nak jadi superman kalau angin kencang. Ampaian ni juga boleh laras panjang kiri kanan ikut kesesuaian luas balkoni kita dan paling best boleh tampung berat kalau banyak sangat nak jemur. Toto atau comforter tebal pun boleh sidai tanpa risau.

Boleh riki-riki kat sini : Ampaian automatik boleh laras (klik)

Jadi begitulah perkongsian sis tentang ampaian yang bagus untuk rumah condo. No. 5 tadi kegemaran semua super mama kan? Gadjet ini terbaik untuk mendobi di rumah yang tak ada laman macam pangsapuri atau condo. Nak pasang ampaian ni kat rumah landed pun boleh, tak salah,  malah lagi kemas dan rapi jadinya. Lihatlah ampaian ni, banyak lagi fungsi lain seperti UV light dan warm mood untuk keringkan baju jika cuaca mendung. 

Haih kenapalah dulu-dulu tak ada ampaian yang bagus untuk rumah condo ni, setidaknya tak adalah kita terkejar-kejar balik kerja nak selamatkan kain baju.

Layari juga FB Wanita Wajib Kaya untuk ketahui isu terkini tentang skil kehidupan:

FB Wanita Wajib Kaya

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.