4 Nasihat Tak Famous Untuk Anak

oleh Fida Jaafar
4 Nasihat Tak Famous Untuk Anak. A girl with head scarf sitting on sofa.

4 nasihat tak famous untuk anak zaman sekarang. Kedepan hari nanti masih ada ke nasihat sebegini?

Semakin maju teknologi dunia, semakin mencabar cara didikan ibubapa kepada anak-anak. Makin berubah cara memotivasikan fikiran anak tentang real life yang keras di luar sana.
 
Mungkin 4 nasihat di bawah tidak dianggap penting lagi pada sesetengah orang, tapi sangat relevan bagi kami yang telah melalui pelbagai perubahan zaman.
 
Jom baca 4 nasihat tak famous untuk anak, tapi sangat berguna untuk mencorak masa depan mereka.
 
1. Pergi sekolah penting, jangan ponteng. Banyak minda terdidik apabila ke sekolah, bukan untuk lulus exam semata-mata tapi mengajar anak etika dalam menghormati orang lain, disiplin, tanggungjawab dan adab.
 
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Di sekolah, anak yang boleh mengikut acuan pembelajaran akan nampak less effort untuk score dalam semua subjek. Namun, anak yang sebaliknya bukan bermakna telah gagal, tetapi anak-anak ini mereka berbeza gift anugerah dari Tuhan. 
 
Potensi mereka masih belum nampak di peringkat sekolah. Maka, sekolah bukan untuk lulus exam semata-mata. Peranannya lebih besar dari itu. Mak ayah yang faham tentang ini akan segera berlapang dada. Anak-anak kita tak sama walau lahir dari ibu dan ayah yang sama.
 
Perhatian harus diberikan kepada perkembangan positif mereka yang mana kalau bergaul sesama kawan-kawan, mereka pandai bawa diri, menghormati peraturan sekolah, menghormati guru-guru terutamanya dan bersosial secara baik kerana hal inilah yang membentuk adab dan sikap mereka nanti.
 
Jika anak score dalam subjek, itu adalah bonus. Anak diterapkan untuk faham bahawa pada peringkat ini belajar adalah tanggungjawab mereka. Jadi, mereka kena usaha fahami apa yang guru ajar disekolah. Bila sudah usaha, lulus exam itu adalah bonus dan jika sebaliknya anak ini sudah dianggap berjaya melunaskan tanggungjawabnya.
 
Apapun kerjaya impian kita di depan hari, nak jadi influencer, bos startup company, sekolah tetap penting dik. Ini salah satu dari 4 nasihat tak famous untuk anak, lebih-lebih lagi zaman perubahan karier digital yang semakin meluas pada masa kini.
 
 
2. Dedahkan anak dengan pengurusan kewangan yang simple. Bukan hanya suruh menyimpan, tapi didiklah cara betul membelanjakan. Anak-anak akan faham yang mana perlu diutamakan.
 
Ya, dari kecik lagi kena ajar cara berbelanja dengan betul, bukan hanya cara menyimpan. Anak kita ni observer yang baik.
 
Segala tingkah laku kita dia perhatikan dan cuba tiruvasi. Mak ayah patut guna peluang masa kecik mereka untuk terapkan cara berbelanja dengan betul. Dengan kata lain, cara uruskan kewangan supaya jadi menarik dan fun.
 
Sekarang banyak cara menarik boleh didik anak untuk buat mereka jadi auto rajin menyimpan dan menguruskan kewangan. Tak kira berapa umur anak kita sekarang, bolehla ajarkan mereka nasihat tak famous ini. Biar nanti jadi famous untuk anak cucu kita kemudian hari.
 
 
 
3. Ajarkan anak tentang aset dan liabiliti dalam bahasa yang mudah. Bukan nak suruh jadi kapitalis pun, cuma agar mereka faham apa yang patut mereka fokus kan pada awal karier. Mereka kan sedang bertumbuh jadi dewasa.
 
Perkara sebegini perlukan kefahaman mak ayah dulu. Kalau parent tak faham tentang aset dan liabiliti, bagaimana nak ajarkan pada anak pula kan.
 
Aset: perkara yang datangkan aliran tunai ke dalam poket kita.
 
Liabiliti: perkara yang keluarkan aliran tunai dari poket kita.
 
Eh tak faham juga..kadang orang cakap kereta aset. Kadang orang cakap rumah liabiliti. Mana satu ni? Ke terbalik? Sebenarnya tiada yang salah, bergantung pada situasi.
 
Kereta: Kalau kita beli dan guna sendiri sahaja ia akan jadi liabiliti sebab banyak duit keluar dari poket kita sebab nak maintainkan dia. Kalau kereta ini kita guna dan sewakan juga, aliran tunai akan masuk ke poket kita dan ia boleh berubah dari liabiliti menjadi aset.
 
Rumah: Kalau kita duduk sendiri dan setiap bulan duit keluar dari bank nak maintain rumah ni, ia dikira liabiliti. Jika rumah yang kita beli dan sewakan, serta mendapat aliran tunai positif pada setiap bulan ke poket kita, rumah ini dikira sebagai aset.
 
Pilihla nak kembangkan aset dengan cara bagaimana. Malah ia tak tertakluk pada kereta dan rumah sahaja. Banyak benda lain yang kita boleh jadikan aset, dengan syarat ia memenuhi terma memasukkan aliran tunai ke poket kita.
 
Jadi, nasihat tak famous untuk anak adalah, pilih aset dahulu berbanding liabiliti (yang kadang-kadang kita nampak macam aset).
 
 
4. Ajarkan anak jadi kaya yang mulia. Banyak harta tak salah, janji uruskan sebaiknya dan banyak memberi dalam kehidupan sementara ni.
 
Ajar anak supaya jadi kaya boleh jadi nasihat yang tak famous kerana ramai antara kita menghubungkan kaya dengan perkara yang tidak baik.
 
Menjadi kaya atau menjadi miskin, kedua-duanya adalah ujian. Jika miskin, usahakanlah menjadi kaya yang berjasa. Jika kaya, usahakanlah menjadi kaya yang mulia.
 
Untuk bermula, kaya yang paling penting adalah kaya mindset. Jika bagusnya mindset kita, tiada istilah kaya tamak dan tiada juga istilah miskin jahat. Semuanya bermula dengan mindset yang betul. Kaya kan mindset dulu.
 
Ajarkan anak banyak membaca bahan yang memberi info dan faedah. Dengan attitude suka membaca, mereka akan cepat jadi kaya mindset.
 
4 nasihat tak famous untuk anak ini boleh jadi unfair advantage untuk anak-anak kita.
 
 
Ikuti juga perkembangan kami dalam menguruskan rumah sewa di FB Bijak Urus Rumah Sewa

Tinggalkan Komen

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.