3 real story bawa mak view rumah sewa kami kongsikan kerana ada nilai yang sangat besar untuk kita teladani.
Betul lah dalam setiap pekerjaan yang kita usahakan atau ceburi, pasti akan ada sesuatu nilai yang kita boleh pelajari. Seperti kami, menguruskan rumah sewa memberi 1001 cerita tentang kehidupan ini. 3 real story bawa mak view rumah sewa ini antara kenangan yang terpahat dalam buku kehidupan kami.
Kami melihat kegembiraan, kebanggaan dan kepuasan di mata seorang ibu yang melepaskan anak bujang untuk hidup sendiri selepas bertahun-tahun mengasuh, mendidik, membesarkan.
Kisah yang mana ada antaranya memberi keinsafan dan ada pula yang memberi pengajaran supaya kita dapat memperbaiki diri, melepaskan orang tersayang pergi. Begitulah keras nya kehidupan ini kan.
Kisah 1: Mak yang buat keputusan untuk anak.
Family ni nampak seperti orang yang senang, datang dari luar Lembah Klang.
Anak bujang pun baru dapat kerja pertama dengan sebuah syarikat yang agak besar. Nak hantar anak ini, satu keluarga semua sekali datang untuk beri support, baguslah kan.
Cuma, semua keputusan tidak dapat dibuat oleh anak. Semuanya milik si ibu. Anak pun tak fokus masa viewing rumah dijalankan. Semua soalan ditanya oleh si ibu dan kes ini merupakan kategori penyewa red flag bagi kami.
Ibu, biarlah anak mu berdikari sendiri. Sampai bila mahu dictate keputusan anak? Kadang-kadang terlebih sayang atau risau melepaskan itu boleh membuat si anak jadi tak berfungsi. Segalanya diaturkan. Itulah kisah pertama dari 3 real story anak bawa mak view rumah ini.
Kisah 2 : Mak caring tetapi anak memilih untuk berdikari.
Si anak yang ini juga baru dapat kerja pertama dengan syarikat International. Dia nampak sangat teruja dan tak sabar nak mulakan hidup sendiri.
Keluarga ini juga nampak senang dan terbiasa hidup selesa. Si ibu dah mula fikirkan nak bawak barang-barang tambahan lain ke rumah sewa untuk buatkan anaknya lebih selesa.
Kami kagum dengan anak ini yang kelihatan malu apabila si ibu menunjukkan terlebih caring di depan kami. Dia sebolehnya mahu berdikari, buat keputusan sendiri tetapi masih tidak membelakangkan kedua orang tua. Kadang-kadang terdengar gurauan si ibu yang hanya mahu mengusik anak bujangnya mulakan hidup baru sendirian.
Si anak ini memang beradab dengan kami. Jika terlambat datang, dia akan minta maaf berkali-kali. Itulah hasil didikan dari ibu bapa yang baik.
Kami juga ada anak-anak yang sedang meningkat remaja dan nanti akan ke alam pekerjaan seperti anak-anak muda ini. Kami sedang belajar dari parents lain yang berjaya menerapkan attitude baik dalam diri anak-anak mereka.
Pada kami, ia sebuah real story yang sangat berharga.
Kisah 3 : Mak datang support anak walaupun terpaksa naik motor.
Terkesima bila kami tahu yang si ibu ini membonceng motor dengan anaknya untuk datang view rumah. Mahu jer air mata jatuh kenangkan kecekalan mereka ini.
Si ibu ini sudah tua, tapi sanggup datang untuk support anak nya yang baru dapat kerja. Kami nampak rasa gembira dari mata nya itu. Gembira melihat anak yang diasuh akhirnya dapat memulakan hidup.
Si anak pula memang sopan santun berbudi bahasa. Kami doakan yang baik-baik untuk mereka yang berusaha. Walaupun kita nampak mereka susah, namun mereka tetap cekal dan bahagia dengan cara mereka.
Untuk si anak, apabila berjaya kelak jadikan ibu mu keutamaan sebagaimana dia mengutamakan kamu walaupun dalam keadaan yang serba terhad. Nampak jujur dan ikhlas sangat kasih sayang seorang ibu.
Begitulah kisah yang berlaku dalam menguruskan rumah sewa ini. 3 real story bawa mak view rumah sewa ini bagi banyak pengajaran untuk kami.
Tak lupa juga bahawa betulnya kata-kata kasih sayang itu perlu berpada-pada, jika berlebihan boleh binasa. Jadi bersederhanalah. Apabila sampai masanya, bersedia melepaskan dengan kasih sayang.
Baca juga : 4 Kisah Penyewa Usia Emas, No. 3 Paling Best !
Boleh ikuti perkongsian kami menguruskan rumah sewa di: