3 langkah superb penyewa syurga stay lama di rumah sewa, yang korang boleh copy sebijik-sebijik.
Best kan kalau ada penyewa syurga yang setia dengan kita. Selama menyewa tidak pernah buat hal, kemudian nak mengekor je dengan kita. Kalau tidak kerana berkahwin atau bertukar tempat kerja yang terlalu jauh, selalunya penyewa kami akan stay lama hingga ada yang cecah 10 tahun. Jadi nak tahu tak apa langkah superb penyewa syurga stay lama di rumah sewa kami?
1. Dengar masalah penyewa kita.
Kemahiran komunikasi paling penting dan superb sebenarnya adalah mendengar. Mendengar ni pulak ada 2 jenis, sama ada dengar hanya sekadar buat syarat (tapi tak fokus) dan dengar dengan teliti untuk cuba fahami masalah sebenar yang diutarakan.
Inilah salah satu langkah superb penyewa syurga stay lama di rumah sewa kita. Penyewa ingin masalah mereka didengari dan diberi perhatian, bukan hanya beri janji kosong.
Contoh ada satu kes penyewa kami yang alami masalah keretanya asyik kena berak dengan burung kat parking lot. Kebetulan parking lot tu bawah pokok dan burung memang suka la tidur dan membuang di situ. Dia pulak seorang pembersih yang amat dan dah penat katanya pergi basuh kereta beberapa kali dalam seminggu.
Jadi, kami memang faham dan tidak sesekali ignore masalah penyewa. Kalau susah sangat nak faham, letakkanlah diri kita kat situasi mereka. Nanti kita mula buka mata dan cuba selesaikan sebaiknya. Team kami akan cepat respon kepada masalah begini dan sentiasa update perkembangan terkini mengenai aduan mereka ini.
Apa yang kami buat? Jom baca langkah superb penyewa syurga stay lama di rumah sewa kita yang kedua pula.
2. Selesaikan masalah mereka secepat yang boleh.
Lepas kami kenalpasti masalah penyewa betul-betul berlaku dan memang mengganggu emosinya, kami akan terus bertindak dengan cepat.
Kami buat aduan kepada pihak pengurusan dan mereka bertindak memotong pokok yang cover parking lot tersebut. Walaupun pihak pengurusan ambik masa beberapa hari untuk selesaikan (ini kami tak dapat nak control), tetapi kami akan update tentang progress ini kepada penyewa.
Jadi, bila kita selalu update penyewa akan rasa kita beri perhatian kepada mereka dan mereka appreciate usaha yang kita buat.
Usahakanlah untuk bertindak cepat selepas aduan diterima. Apabila sudah berada dalam bidang rumah sewa ini, kena letakkan dalam fikiran bahawa menguruskan rumah sewa adalah menguruskan masalah dan emosi manusia.
3. Berikan value pada penyewa kita.
Apa maksud value? Bahasa mudahnya sesebuah nilai (manfaat) yang lebih dari harga (duit). Ini bahasa marhaen mengikut fahaman kami lah.
Jadi, langkah superb penyewa syurga stay lama di rumah sewa kita yang seterusnya adalah kita letakkan nilai atau manfaat kepada para penyewa.
Apa perkara yang memudahkan mereka? Lain rumah, lain situasi. Kami banyak juga buat eksperimen sendiri sepanjang menguruskan penyewa ni. Iyalah, manusia kan pelbagai ragam. Cuma, mereka ada satu perkara yang sama, mereka nak benda yang memudahkan, yang menjimatkan, yang menenangkan.
Contoh yer..yang memudahkan macam dalam rumah disediakan tempat mendobi yang proper. So tak adalah kain baju bau kepam kena jemur dalam bilik masing-masing.
Contoh yang menjimatkan pulak, mereka boleh masak, atau minum air tanpa nak beli air bersih atau mereka nak basuh baju harian tanpa perlu bayar pada kedai dobi. Jadi, sediakanlah kemudahan memasak, kemudahan water dispenser dan kemudahan mesin basuh.
Baca juga: Gadjet 2024 Yang Wajar Ada di Rumah Sewa. No.3 Paling Awesome
Contoh menenangkan pula, keadaan dalam rumah yang teratur dan bersih. Jadi, wujudkanlah suasana ni. Mereka seharian kerja, balik rumah of course nak berehat dalam keadaan yang tenang. Sediakan rumah sewa kita untuk keselesaan mereka.
Ramai tuan rumah kat luar sana risau jika kita beri lebih value, penyewa pula tidak menghargai dan lakukan kerosakan. Ya, macam kami tegaskan manusia pelbagai ragam dan kita tidak boleh control semuanya. Apa yang pasti kita sudah buat yang terbaik dalam karier/bidang kita. Selebihnya hanya berserah kepada yang Maha Pemberi rezeki.
Baca juga: 4 Best Tips Menapis Dan Menepis Penyewa Asal Boleh
Harapnya pengurus rumah sewa yang mahu mengikat kesetiaan penyewa boleh tiru sebijik-sebijik 3 langkah superb penyewa syurga stay lama di rumah sewa kita ini. Bidang ini bukan mudah, tetapi tidaklah terlalu susah jika kita faham konsep memberi. Beri perhatian, beri masa buat tindakan dan beri value yang baik kepada orang lain.
Boleh ikuti juga FB Bijak Urus Rumah Sewa untuk melihat perkongsian kami tentang pengurusan rumah sewa
2 komen
Watch movies from the guy’s viewpoint to feel like you’re right
in the center of the action and obtain a good view! You will find big booties in virtually any other
category it is possible to think of! Whether you’re into curvy teens,
sexy MILFs, or thick Asians, each of them have an area here.
Check out the bouncing, backshots, and incredible action in group
sex, gangbangs, anal, one-on-one, and many more. https://bikini-blogrftg581470.bcbloggers.com/28199049/what-everybody-must-find-out-about-how-to-take-nudes
просування сайту google