Rumah sewa dan kes jenayah berpisah tiada. Kali ini kami mahu kongsikan 3 kisah jenayah yang berlaku di rumah sewa kami.
Realiti sewakan rumah ni, bukan indah-indah sahaja setiap masa. Risiko lebih besar sebenarnya kerana kita menyerahkan kepercayaan kepada orang yang tidak kita kenali untuk tinggal di rumah kita. Bagaimana kita nak pastikan 3 kisah jenayah yang berlaku di rumah sewa ini dapat dihindarkan?
Tidak ada cara melainkan kita ahli nujum. Berita baiknya, kita boleh kurangkan risiko untuk mendapat penyewa bermasaalah jika kita mewujudkan SOP dan menguruskan rumah sewa dengan bersistem.
Baca juga: 4 Best Tips Menapis Dan Menepis Penyewa Asal Boleh
Kisah jenayah yang berlaku di rumah sewa kami ini sebenarnya berlaku di awal pembabitan kami dalam pelaburan hartanah. Kami masih newbie, tiada rujukan khusus melainkan berbekal pengalaman jatuh bangun sendiri. Dari pengalaman tepi jalan inilah yang membuka mata untuk menguruskan rumah sewa dengan lebih baik lagi.
Jom baca 3 kisah jenayah yang berlaku di rumah sewa kami. Di samping kisah ini menjadi pengajaran, kami juga sertakan langkah pencegahan supaya ia tidak berlaku kepada tuan rumah sewa yang lain.
Kisah 1 : Penyewa penagih ICE
Kisah ini berlaku 2 tahun selepas kami setup rumah sebagai rumah sewa. 2 tahun ini dikira masih hijau dalam dunia pelaburan hartanah. Jadi fokus masa tu hanyalah untuk memenuhkan bilik sewa yang kosong. Kalau tak penuh, kacau cashflow, bleeding memanjang.
Jadi, bila ada sesiapa yang nak menyewa kami kurang menapis mengikut SOP. Hanya minta housemates memantau attitude bakal housemates mereka. Oh ya, rumah ini terletak jauh dari tempat tinggal kami. Faktor ini jugak menghalang kami untuk menguruskannya dengan lebih baik kerana hanya mengharapkan pertolongan dari penyewa yang sedia ada.
Awal kemasukan penyewa ini, tiada masalah berlaku malah sering dapat pujian housemates lain kerana dia seorang pembersih. Lagi satu, bayaran sewa tak pernah lewat. Hati kami berbunga-bunga sebab dapat penyewa syurga.
Sehinggalah kami dapat panggilan dari majikan penyewa ini yang mengatakan berlaku kecurian ditempat kerja. Barang yang hilang tu mahal harganya, beribu-ribu. Kami tercenganglah, sebab tiada ribut taufan, tiba-tiba banjir. Begitulah situasi masa tu. Kes ini jadi kes polis sebab majikan buat report.
Rumah kami terkena tempias kerana polis datang nak cari barang curi dalam bilik sewa. Bila digeledah, bukan barang curi sahaja yang jumpa tapi dadah pun ada (ICE). Mengucap juga lah kami ni kerana dari attitude yang ditunjukkan memang penyewa ini baik budaknya. Bila polis contact mak penyewa ini, mak nya juga tidak percaya sama sekali anak nya begitu.
Pengajaran: Kita memang tak akan tahu sikap sebenar seseorang walaupun luaran nampak tersangatlah baik. Jangan judge sesiapa, tapi masih kena hati-hati. Wujudkan SOP yang bagus untuk menapis penyewa kita. Kalau dah ada, improvekan lagi. Kalau berlaku juga, anggaplah ini pengajaran seumur hidup kita. Sekurang-kurangnya ada cerita berguna untuk disampaikan kepada orang lain.
Baca juga: Uruskan Bisnes Kita Secara Bersistem
Kisah 2 : Penyewa mental larikan mesin basuh dan rosakkan rumah
Kisah kedua juga berlaku di rumah sewa sama, selepas setahun kejadian kisah 1 di atas. Kami masih lagi lemah untuk menguruskan rumah sewa secara jarak jauh ni. Dalam masa sama, masih sibuk dengan kerja hakiki jadi hal pengurusan rumah sewa ini agak serabut dan terabai.
Kali ini kisah jenayah yang berlaku di rumah sewa kami dilakukan oleh pesakit mental (menurut kata polis lah). Macam mana polis dapat tau, sebab dah ada rekod orang ni mengamuk di surau di kawasan berhampiran.
Ok, kembali ke permulaan bagaimana penyewa mental ini approach kami untuk menyewa. Dia ada isikan form pennyewa mengikut SOP dan mengatakan bahawa beliau adalah kakitangan Petronas. Dalam perbualan di telefon, dia mahu masuk segera kerana baru berpindah cawangnan tempat kerja.
Apa yang menjadi kesilapan kami adalah menerima penyewa tanpa deposit dan sewa bulan semasa. Serahan kunci dibuat melalui housemates juga. Apabila dia dah masuk, dari hari ke hari dia tabur janji nak bayar deposit dan sewa bulan semasa. Macam-macam alasan tak logik kami terima dan akhirnya kami buat keputusan bagi notis berpindah keluar.
Malam hari, selepas balik kerja kami drive 4 jam untuk selesaikan masalah ini. Itupun berlaku suasana tegang dan seolah dia tak mahu keluar rumah. Selepas berjaya keluarkan dia, kami dapat aduan mesin basuh hilang. Kunci pagar autogate rumah kami juga tidak dipulangkan seperti dijanjikan. Pintu bilik dan water heater bilik mandi juga dirosakkan. Banyak kerugian yang kami alami selain tak dapat sewa bulanan.
Report polis tentang kecurian dibuat tetapi tiada tangkapan pun dibuat. Kes itu berlaku macam itu sahaja dan alasannya adalah penyewa itu ada masalah mental.
Pengajaran : Sebagai tuan rumah, kita wajib ambil deposit dan sewa bulan semasa sebelum buat serahan kunci. Ini bukan perkara kejam, tapi ia adalah prosedur untuk kebaikan kedua-dua pihak. Hidup ini kena ada peraturan dan kita kena laksanakan peraturan tersebut dengan disiplin.
Jenayah tetap boleh berlaku, tetapi setidak-tidaknya kita telah menguruskan rumah sewa kita dengan SOP dan peraturan.
Baca juga: Risiko Sewakan Rumah Tanpa Deposit. 3 Fungsi Deposit Yang Superb
Kisah 3 : Penyewa seludup rakan tinggal bersama
Bawa rakan tinggal bersama dikira jenayah ke? Ya, benar kerana dalam perjanjian kami telah menegaskan tidak boleh bawa orang luar melainkan dapat kebenaran dari pihak kami.
Kisah jenayah yang berlaku di rumah sewa kali ini melibatkan rumah sewa yang berdekatan kami tetapi berlaku dalam musim PKP pulak.
Aduan diterima dari housemates lain (yang prihatin) tentang kewujudan ‘penyewa tambahan’ yang masuk tanpa kebenaran. Boleh dikira menceroboh harta orang lain.
Bila perkara ini berlaku, kami memang bagi warning yang keras kepada penyewa tersebut. Cuma kami tak buat police report kerana masih ada budi bicara. Tambahan pula masa tu PKP yang ketat, kalau dihalau keluar kat mana mereka nak tinggal kan?
Jadi, kami bagi tempoh selepas PKP dilonggarkan, dia kena move out. Kedua-duanya sekali. Kontrak ditamatkan, deposit tidak dipulangkan dan denda bayaran sewa tambahan dikenakan. Dia akur dengan kesalahan dan kes ini selesai tanpa apa-apa pertikaian.
Pengajaran: Pada ketika ia berlaku, keadaan darurat dan kami pertimbangkan mengikut kesesuaian SOP kami. Membawa orang luar masuk ke rumah sewa boleh menyebabkan risiko kerosakan dan kehilangan barangan yang kami sediakan, malah lebih teruk jika melibatkan kehilangan barangan housemates yang lain. Jadi kena tegas soal ini.
Masukkan dalam SOP, dalam perjanjian sewa tentang term mambawa masuk orang luar. Wujudkan trust kepada penyewa lain dengan menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.
Baca juga: 2 Realiti Jadi Tuan Rumah Sewa Super Power
Begitulah 3 kisah jenayah yang berlaku di rumah sewa kami. Kesannnya, masih terngiang sampai hari ini. Semoga selepas ini kita akan terhindar dari terpalit dengan jenayah-jenayah sebegini (atau lebih teruk) di rumah sewa.
Boleh ikuti perkongsian kami dalam menguruskan rumah sewa di: