Pernah dengar tentang delay gratification? Kita tangguhkan sementara kepuasan atau keinginan untuk selesaikan dulu apa yang patut. Bukan kaleng-kaleng orang boleh buat benda ni.
Lately ada juga terbaca baik duduk rumah sewa asalkan duit yang ada tu guna untuk reward diri, cipta memori bersama anak-anak.
So kami pun tenunglah deretan buku koleksi atas rak kat umah ni. Hmm..tak ingat dah tajuk apa yang cerita pasal delay gratification ni..tapi konsep nya tetap ingat jelas kerana sudah lama tersemat kat minda.
Baca juga: Sebelum Menjadi Pelabur, Saya Seorang Pembaca. Buat 4 Benda Magic Ini
Tak ada salah atau benar kat sini. Yang ada cuma prinsip setiap individu. Kadang-kadang kita rasa kita benar, tapi dari sudut pandangan orang lain ianya salah. Sebab tu adanya ayat raikan perbezaan. Betul la tu..
Kat sini kami just nak cakap, kalau kita boleh buat semua sekali, beli rumah sendiri, pergi jalan-jalan makan angin, makan sedap-sedap setiap kali teringin dan ciptalah banyak-banyak memori dengan anak-anak dan family kat mana-mana sahaja kita wish..korang nak tak?
Apa yang membezakan kat sini adalah perancangan dan pengurusan. Sedikit pengorbanan yang kena buat adalah delay gratification. Tangguhkan sekejap je kehendak kita dengan melaksanakan perancangan rapi dan uruskannya dengan sebaik mungkin. General sangat? Ok kita bagi contoh.
1. Kita nak beli rumah idaman.
Perkara utama yang kena fikir dan buat adalah buat plan mcm mana boleh bina capital supaya kita capai ke destinasi (rumah idaman).
Kat sinilah bergunanya kemahiran menjadi seorang pengurus wang. Segala capital atau aliran tunai akan tertumpu kepada satu matlamat yang jelas iaitu kumpul deposit rumah idaman.
Jadi beberapa aktiviti harian, bulanan dan tahunan kita juga perlu diubah sesuai dengan matlamat tabungan kita. Mungkin pada ketika ini kita harus berpuasa dari melancong ke luar negara, makan makanan mewah atau beli pakaian branded yang kita suka.
Lepas tu, tak bolehla nak cipta memori dengan anak-anak? Cipta memori dengan gaya yang berkadaran dengan situasi kita pun boleh. Contohnya ubah jadual bercuti ke luar negara ke beriadah di taman-taman yang disediakan percuma, buat kerja rumah bersama, memasak dan menonton tv di rumah bersama. Kita masih boleh mencipta memori. Tak ada kasta dalam cipta memori, asalkan buat perkara yang baik-baik saja dengan family.
2. Kita nak mulakan atau majukan perniagaan.
Berniaga ni bukan seperti kerja makan gaji. Jika baru bina bisnes kita sudah tiada lagi istilah nak cuti 2 hari seminggu atau hari-hari banyak masa boleh lepak.
Skop kerja pendiri bisnes tiada had selagi tiada kemajuan yang konsisten dalam perniagaannya. Segala benda kena fokus dan buat sendiri untuk mencapai tahap yang stabil.
Pada situasi ini lah kita kena aktifkan butang delay gratification, yang mana kita nak sangat masa yang lebih lama bersama family, atau kita nak sangat hadiahkan macam-macam benda untuk happykan family tapi kita kena tangguhkan dulu sementara bisnes kita membuahkan hasil.
Jika give up kat sini, pasti kelautlah resultnya nanti. Beri tempoh pada diri kita. Sebab itu bukan kaleng-kaleng orang yang dapat praktiskan delay gratification ni.
3. Kita nak turunkan berat badan dan kekalkannya.
Makin meningkat usia, benda ni lah antara yang paling payah nak buat. Kalau buat pun, tak konsisten. Asyik terfikir nak makan mana setiap hari. Hahaha.
Nak turunkan berat badan makan masa yang lama juga. Kalau turun mendadak tak elok juga untuk kesihatan. Jadi delay gratification kat sini berfungsi dalam menahan diri dari nak makan macam-macam, nak baring lama-lama bermalas-malasan. Perkara ni kita boleh buat, tapi secara lebih teratur dan bersederhana selepas kita nak result.
Oleh sebab proses yang lama nak dapat result, sebab itulah ramai yang tewas dan kembali ke bentuk badan asal. Menangguhkan kepuasan yang kita inginkan memang mencabar.
Baca juga: 5 Formula Turun Berat Gerenti Menjadi
Berbalik pada isu sanggup menyewa asalkan guna duit yang ada untuk reward diri, ini maksudnya mereka buat keputusan untuk tidak memilih idea delay gratification sebagai sebahagian cabaran yang harus dilalui. Jika diputarkan masa, kami mahu beli rumah pada usia semuda yang boleh kerana banyak manfaat yang kita perolehi melalui hartanah. Kalau nak cerita sini akan panjang sangat.
Jadi boleh ikuti cerita-cerita santai kami di:
dan