2 Realiti Jadi Tuan Rumah Sewa Super Power

oleh Fida Jaafar
Stressfull realiti jadi tuan rumah sewa on sofa wearing red t-shirt and dark trouser in front of white wall.

2 realiti jadi tuan rumah sewa, ada masa terinspirasi, ada masa tersakiti. Yang penting, teruskan konsistensi.

Sejak akhir-akhir ni banyak benar kisah tentang tuan rumah sewa yang jadi mangsa penyewa tidak bertangungjawab. Dari kisah penyewa pengotor, sehinggalah yang tinggalkan rumah dengan bil beribu. Jom ketahui 2 realiti jadi tuan rumah sewa.

Tuan rumah tersakiti. Dah belanja banyak untuk setup rumah, bagi orang duduk dengan selesa, hasilnya dapat penat emosi dan rugi wang ringgit.

Realiti menjadi tuan rumah sewa. Sentiasa ada cabaran yang belum tentu terfikir dek akal fikiran. Ingat senang sahaja nampak ada berpuluh rumah sewa? Luaran nampak gah, hakikat disebalik tabir hanya tuan rumah sahaja yang tahu. Dan stigma masyarakat yang sentiasa kasihankan penyewa berbanding tuan rumah.

Cuba fikirkan, jika tiadanya tuan rumah yang sediakan rumah untuk disewa, di mana pula masyarakat yang belum mampu beli rumah nak tinggal? Jika anak muda mula bekerja di suatu tempat berjauhan dari keluarga, di mana mereka nak tinggal? Perkara ni kena ada toleransi. Yang jadi tuan rumah, jadilah dengan penuh tanggungjawab. Yang jadi penyewa pula, jagalah amanah yang diberikan. Pokok pangkal adalah attitude setiap manusia baik tuan rumah, mahupun penyewa.

1. Ada masanya kita terinspirasi dan terus bermotivasi.

Biarlah apa orang menilai, asalkan niat kita memberi value terbaik untuk para penyewa. Rasa happy dan teruja setiap kali persiapkan rumah atau bilik sewa cantik dan kemas supaya penyewa dapat terus masuk dan tinggal dengan selesa.

Penyewa pula ada pelbagai jenis orang dan melainkan sedikit yang buat hal, rata-rata adalah yang pembersih dan bertangungjawab. Rasa terharu bila mereka ini pulangkan rumah seperti keadaan asal, malah ada yang upah sendiri tukang cuci rumah setiap bulan tanpa claim bayaran pada kami. Ada yang berat hati untuk berpindah, kalau pindah pun sebab tuntutan kerja. Nak pindah pun masih tanya kami ada tak rumah sewa kami area tu, supaya dia masih boleh berurusan dengan kami. Best kan? Itulah realiti jadi tuan rumah super power.

Penyewa kami pelbagai latar belakang pekerjaan, ada Dr, chef, pensyarah, kerja sektor perkilangan, kerja sektor penerbangan, arkitek, cikgu engineer, lawyer, pegawai bank dan pelbagai bidang. Semuanya sangat merendah diri dan sangat mudah untuk ikut rules yang ditetapkan. Jadi, inilah yang buat kami terus bersemangat dan recharged setiap kali berurusan dengan mereka. Sikap baik mereka, memberi inspirasi buat kami untuk terus kekalkan momentum diri.

Baca juga: 4 Kisah Penyewa Usia Emas, No. 3 Paling Best !

Dan bagaimana pula deal dengan mereka yang bermasalah? Ya, manusia rambut sama hitam hatinya tetap tidak dapat diduga. Sekilas melihat wajah, belum dapat ditebak isi hatinya..begitulah umpamanya.

2. Ada masanya sakit tuh di sini.

Realiti jadi tuan rumah sewa. Sudah beratus ragam yang kadang-kadang unpredictable tetap berlaku walaupun telah menapis dan menepis prospek yang asal boleh.

Baca juga: Tips Menapis Dan Menepis Penyewa Asal Boleh

Menguruskan rumah sewa ini kan ada dua segmen, pertama uruskan hartabenda dan kedua, uruskan emosi manusia. Harta benda yang diguna bertahun pun boleh lusuh dan kena buat maintenance apatah lagi hati manusia yang sudah tentu berubah-ubah. Jika mahu terjebak dalam pengurusan rumah sewa, mindset kita sebagai owner perlu bersedia menerima segala kemungkinan. Kalau tak bersedia, setiap masa akan rasa tersakiti.

Selain kita menapis prospek penyewa (buat SOP), kita juga wajar untuk bina rules yang boleh dipersetujui oleh kedua pihak supaya jelas dan tiada perkara berbangkit di kemudian hari. Rules ini boleh dimasukkan dalam perjanjian sewa dan prospek penyewa perlu baca dan fahamkan sebelum menurunkan tandatangan sebagai tanda bersetuju. Realiti jadi tuan rumah sewa, kena sediakan payung sebelum hujan, sediakan perjanjian sewa yang clear untuk kedua-dua pihak.

Baca juga: Tips Menapis Dan Menepis Penyewa Asal Boleh

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Benda boleh bincang, buat apa nak gaduh kan. Kalau penyewa buat masalah selepas diterima menyewa, gunalah sop dan rules yang telah kita tetapkan. Keluarkan mereka dari rumah sewa sebelum lebih banyak perkara yang uncontrol akan berlaku.

Lebih banyak kita berdepan dengan ragam, lebih mantap SOP yang kita boleh bangunkan. Jangan pula cepat give up, nanti tiada sebarang improvement untuk kita menguruskan rumah sewa dengan lebih baik di masa hadapan.

Walaupun berkali-kali tersakiti, tetap jugalah kami teruskan kerana motivasi mengatasi segalanya. Dalam apa jua bisnes atau investment, pasti ada untung rugi. Realiti jadi tuan rumah sewa, lama kelamaan kita pasti ada ‘aha moment’ bagaimana nak buat untung tersebut mengatasi segala kerugian.

Realiti jadi tuan rumah sewa ini boleh dijadikan panduan buat pelabur di luar sana yang mahu mula melabur dalam property.

Boleh juga jenguk ke FB kami untuk ketahui isu terkini berkaitan rumah sewa:

FB Bijak Urus Rumah Sewa

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.