Biodata Ringkas

Fida Jaafar

Fida Jaafar

Author | Trader | Mother

Seorang penulis buku Wanita Wajib Kaya dan penulis bersama buku Bijak Urus Rumah Sewa. Selain menulis, minat utama Fida adalah dalam bidang pelaburan dan perdagangan. Sangat optimis dan positif tentang ‘gift’ (pemberian Tuhan) dalam kehidupan setiap manusia, Fida membuat keputusan untuk mengubah karier dari seorang penjawat awam kepada bidang pelaburan, perdagangan dan penulisan.

Blog Wanita Wajib Kaya (WWK) didedikasikan kepada semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai medium untuk memberi semangat, inspirasi dan meningkatkan keyakinan bahawa setiap manusia itu dikurniakan keunikan dan kelebihan tersendiri.

Setiap dari wanita wajib berani bertindak ke arah mencapai matlamat yang tersemai dalam diri. Memulakan langkah adalah suatu tindakan yang berani, maka siapa pun anda yang membaca blog ini, terima kasih dan tahniah kerana anda telah memulakan langkah tersebut.

©Wanita Wajib Kaya. Hakcipta Terpelihara.